Kebanyakan selebriti tempatan lebih suka berdiam diri dan merahsiakan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan umum. Bagaimanapun, pada zaman teknologi ini, setiap gerak-geri yang dikongsi dalam media sosial pantas memberi maklumat dan kesahihan sesuatu cerita itu.
Terdahulu, tular di media dimana peminat dapat menghidu sesuatu membabitkan selebriti jelita, Janna Nick dan pelakon baharu, Dini Schatzmann. Mulanya, cerita itu hanya dianggap gosip biasa tetapi selepas mendengar dan meneliti kisah membabitkan dua pelakon ini, ramai yang rasa ada kemungkinan mereka hangat bercinta.
Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap gambar yang dimuat naik Dini tentu Janna meninggalkan komen berserta kapsyen yang ada kala memberi gambaran hubungan mereka semakin berbunga. Malah ketika menghadiri Anugerah MeleTOP Era 2019 dahulu, mereka dilihat datang dan duduk bersebelahan.
Terbaru pelakon popular, Janna Nick sendiri telah mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann. Janna ketika dihubungi berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu.
“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.
“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.
“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya.
Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.
“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya.
Sumber : Harian Metro