KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH360 yang berlepas ke Beijing petang semalam berpatah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas berlegar di ruang udara Selat Melaka.
Demikian menurut paparan di laman web flightradar24.com.
Malaysia Airlines Berhad yang dihubungi mengesahkan kejadian berpunca akibat masalah pada gear pendaratan.
Pesawat jenis Airbus A330-323 itu dikatakan mula berpatah balik pada sekitar pukul 6.21 petang semalam.
Semakan pada laman web itu turut menunjukkan pesawat berkenaan berlepas pada pukul 6.06 petang dan berlegar lebih dua jam di ruang udara.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 12.20 tengah malam.
Semakan di Google turut mendapati ia dijadual semula pada pukul 12.22 tengah malam dan tiba di destinasi 6.26 pagi tadi.
Terdahulu,
PESAWAT penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH360 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing terpaksa berpatah balik ke KLIA hari ini.
Semakan menerusi web flightradar24.com 8 malam tadi mendapati pesawat itu berlegar di ruang udara Selat Melaka sebelum kembali semula ke KLIA.
Bahagian Khidmat Pelanggan MAB ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun tidak pasti punca ia patah balik ke KLIA.
“Pesawat MH360 melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur 6 petang tadi dan sepatutnya tiba di Beijing 12.20 tengah malam.
“Namun tidak lama kemudian pesawat itu kembali semula ke KLIA dan tidak pasti punca kerana kami belum memperolehi maklumat lanjut.
“Penerbangan ke Beijing dijangka berlepas 12.30 tengah malam ini dari Kuala Lumpur dan tiba di Beijing 6.30 pagi esok,” katanya.
Sumber hmetro