Kehilangan anak bererti kehilangan sebahagian daripada diri kita sendiri. Bagi seorang ibu, pasti sukar untuk menerima hakikat bahawa cahaya mata yang dikandung tidak lagi bernyawa.
Baru-baru ini, seorang ibu Luna Abdullah berkongsi menerusi akaun Facebook mengenai kehilangan anak keduanya yang terpaksa dilahirkan walaupun usia kandungan baru mencecah enam bulan.
Lebih memilukan apabila dia hanya dapat menatap wajah anaknya yang diberi nama Maryam Eiliya itu selama sejam sahaja sebelum disahkan meninggal dunia selepas diazankan pada telinga bayi tersebut.
Malah anak pertamanya, Syafi’ Ramadhan turut pergi menghadap illahi dengan situasi yang sama ketika dilahirkan ketika kandungan berusia empat bulan pada tahun lalu.
Mimpi ngeri buat mama
Tarikh bersalin sepatutnya Februari tahun depan
Terpaksa bersalin awal
Terima kasih, Allah !
Sumber : Luna Abdullah