AYAM KFC DI MEJA JURI MAHARAJALAWAK MEGA ADAKAH SEKADAR HIASAN. LISA SURIHANI BUAT SESUATU YANG MANA MANA JURI TAK PERNAH BUAT

Minggu kedua Maharaja Lawak Mega (MLM2019) menyaksikan gelagat comel juri tetap, Lisa Surihani dan Datuk Jamal Abdillah menahan diri daripada mengambil ayam goreng yang disediakan oleh KFC.

Walaupun sering dilihat sebagai seorang yang tegas ketika memberikan komen, namun godaan bucket KFC yang diletakkan di atas meja juri ternyata mampu membuatkan para juri goyah.

Perkara itu terbukti apabila Datuk Jamal dengan selamba mengambil seketul ayam dan menikmatinya sewaktu persembahan kumpulan Jambus pada Jumaat.

Paling comel apabila Lisa juga seakan-akan tidak dapat mengawal godaan KFC dan mengambil seketul ayam sewaktu iklan sedang berlangsung.

Reaksi wajah Lisa yang menggambarkan kepuasan selepas berjaya menjamah ayam goreng itu membuatkan penonton ketawa.

MLM2019: Ingat KFC Tu Untuk Display Je… Rupanya Ini Perangai Comel Juri Waktu Iklan

Tidak kurang juga terdengan penonton kerap kali memuji kecomelan isteri kepada penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim itu.

Di sini dikongsikan momen-momen comel para juri sewaktu menikmati KFC:

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega.

Sumber : GEMPAK DOT COM

Apa komen anda?