SIKAP suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang dilihat tidak menghiraukan tangisan anak mereka, Laana Haura, 2, mengundang kecam4n netizen.
Rata-rata mereka kecewa dengan perlakuan yang ditunjukkan Dr Che Muhammad Hafiz sewaktu selesai prosiding di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin.
Sehubungan itu Dr Che Muhammad Hafiz tampil menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul berhubung situasi berkenaan.
“Sebelum keluar mahkamah, saya memang berjumpa dan luangkan masa dengan anak disaksikan oleh dia dan ahli keluarga dia sendiri… anak amat rapat dengan saya.
Dr Che Muhammad Hafiz disapa wakil media selepas keluar daripada bilik mahkamah.
“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya, baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak ikut saya dari belakang.
“Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tidak endah,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun menerusi video yang disiarkan mStar pada Isnin, wartawan di lokasi sempat merakam situasi di luar mahkamah yang memperlihatkan Dr Che Muhammad Hafiz hanya berjalan ditemani beberapa pengawal tanpa mengendahkan tangisan anaknya.
Sementara itu mengulas lanjut mengenai tanggungjawabnya sebagai bapa, Dr Che Muhammad Hafiz meminta isterinya itu untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan di media.
“Saya ingin menasihati Lufya supaya berhenti membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitn4h saya, sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.
“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan dia serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku apabila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah dia,” katanya.
Suami kepada Lufya berharap urusannya untuk bertemu anak mereka, Laana Haura sentiasa dipermudahkan.
Tegas Dr Che Muhammad Hafiz lagi, isterinya itu perlu lebih profesional dengan menyimpan segala masalah yang dihadapi antara mereka tanpa melibatkan pihak luar selain memudahkan pertemuannya dengan anak.
“Nasihat saya kepada Lufya, apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya.
“Jangan wujudkan kesulitan atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.
“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” katanya.
Kemelut rumah tangga Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikan isterinya itu.
Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian berkenaan.
Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan cer4i mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.
Sumber mStar