Selepas teruk kena kecam kerana marketing produk sampah, kedua pelakon tampil pertahankan diri

Pelbagai kaedah pemasaran dibuat oleh sesetengah peniaga produk tempatan untuk menarik perhatian pembeli dan melariskan produk mereka termasuklah membuat iklan kurang sopan atau lucah.

Terbaru, viral di Facebook iklan sejenis produk ubat kuat lelaki yang turut menyelitkan unsur-unsur sedemikian yang mengundang kecaman netizen.

Dalam iklan itu, terdapat dua orang pelakon lelaki dan wanita berbincang mengenai alat sulit lelaki yang dikatakan bersaiz kecil jika seseorang itu merupakan ahli bina badan di samping memperkenalkan satu produk untuk lelaki.

Usai kontroversi iklan tersebut, pelakon lelaki dan wanita tersebut yang merupakan instafamous tampil memberi penjelasan bahawa kedua mereka hanya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh pengusaha produk.

Mereka turut mengakui menerima bayaran sangat lumayan untuk video yang berdurasi 1 minit itu. Malah segala adegan yang dilakonkan adalah mengikut skrip yang diberikan.

Pelakon-pelakon tersebut turut memohon netizen tidak menilai mereka melalui media sosial sebelum mengenali hati budi mereka yang sebenar.

Penjelasan ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen terutamanya pengikut kedua instafamous ini sejak sekian lama.

 

Tidak semestinya produk sebegini wajib diiklankan menggunakan kaedah lucah, seks dan kurang sopan. Sebenarnya banyak lagi strategi pemasaran lain yang lebih molek boleh digunakan.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Sumber Cari

Apa komen anda?