Netizen Persoal Chef Wan Pegang Gelas Wine, Respon Chef Wan Memang Padu

Baru-baru ini chef selebriti yang terkemuka iaitu Dato’ Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Bin Ismail telah berkongsi beberapa keping foto dan video sepanjang percutiannya ke Tasmania bersempena program Travel ‘N’ Dine With Chef Wan.

Apa yang menarik perhatian kami adalah komen salah seorang pengikut Chef Wan yang cuba untuk menegurnya kerana bergambar dengan memegang glass wine.

“Chef Wan tak takut kena kecam ke. Orang Malaysia bukan boleh tengok gelas tu,” tulis individu tersebut di ruangan komen.

Pertanyaan tersebut mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan individu tersebut.

Pegang gelas itu tidak semestinya minum minuman keras.

Bagaimanapun pertanyaan itu tidak meninggalkan kesan pada Chef Wan yang sudah pun lali dengan sikap orang ramai yang suka menghukum tanpa usul periksa.

Terdahulu, Chef Wan ada memuat naik video yang menerangkan tentang status halal minuman tersebut yang merupakan air sparkling dan bukannya minuman keras.

Agak-agak ada ke yang salah faham? Takkan la Chef Wan nak meneguk air yang tidak halal apatah lagi di hadapan orang ramai kemudian berkongsi pula di media sosial. Itu kerja gila namanya

Sumber Cari

Apa komen anda?