Lisa Blackpink Adalah Wanita Tercantik Di Asia, Ini Fakta Mengejutkan Tentang Dirinya

Kumpulan Blackpink, sebuah kumpulan wanita dari Korea Selatan kini sudah tidak asing lagi dan makin mendapat tempat bukan saja di Korea namun di seluruh dunia. Dianggotai 4 gadis menawan, dilihat semakin mendominasi dunia muzik dengan naskah mereka, apatah lagi baru-baru ini Blackpink mencatat sejarah kumpulan Korea pertama yang mendapat tontonan 1 bilion di YouTube menerusi lagu Du Duu Du Duu.

Dan baru baru ini, kumpulan Blackpink sekali lagi menggoncang dunia apabila kesemua daripada mereka tersenarai dalam senarai Wanita Tercantik Asia, di mana Lisa dinobatkan gelaran tersebut.

Jennie pula unggul di tangga ketiga! Lisa meraih undian tertinggi daripada peminat dalam satu kajian dikeluarkan oleh TCC Asia.

Dua orang ahli Blackpink tidak begitu jauh, Rose menduduki tangga ke 13 dan Jisoo berada pada kedudukan 22. Setiap tahun, syarikat induk TCC Asia iaitu TC Candler, menilai menerusi kajian survey lelaki dan wanita dari seluruh dunia sejak tahun 1990. Sementara itu, jom ikuti beberapa fakta menarik tentang Lisa Blackpink yang tidak semua tahu. (Foto: Wikipedia)

1. Lisa berkebolehan bertutur dalam empat bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan Thailand. Lisa turut sama membantu dalam menterjemah bahasa di kalangan ahli Black Pink.

2. Sebelum debut, nama Lisa adalah Pranpriya. Namanya kemudian ditukar kepada Lalisa selepas mengetahui maksud Lalisa iaitu ‘orang yang dipuji’. Nama asal Lisa adalah Lalisa Manoban.

3. Lisa bukanlah lahir di Korea namun di Buriram, Thailand.

4. Lisa dan Rose adalah anggota kumpulan K-pop pertama yang mendapat satu juta ‘like’ di Instagram.

5. Lisa juga pernah membuat penampilan dalam ‘Ringa Linga’ iaitu muzik video rakan selabelnya, Taeyang daripada kumpulan Big Bang.

Sumber Glam

Apa komen anda?