Ruhainies kembali lagi dengan kisah tentang kekasihnya.
Dulu kata nak kurangkan bercakap tentang hal peribadi, nak lebihkan cerita tentang kerjaya katanya.
Namun baru-baru ini siap muat naik video meluahkan rasa geramnya bila kekasih belikan buah anggur!
Bukan anggur biasa-biasa ya sebab menurut rakaman tersebut ianya berharga RM148.
“This is what happened when you let your boyfriend buy you some fruits,” tulisnya di Instagram.
Walaupun harganya mahal, tapi Ruhainies kata rasanya macam anggur harga RM10 sahaja.
“Hampa kena monitor naaaa boyfriend/suami hampa kalau belikan barang. hahahahaha,” tambahnya disertakan dengan tanda pagar #okstressnaktidoqla.
Sementara itu di Twitter ramai pula menyampah dengan perangai Ruhainies.
Nak menunjuk-nunjuk kekaksih belikan anggur mahal dakwa mereka.
Baca sini:
Untunglah nak yang murah dapat yang mahal. Kalau kita yang biasa-biasa ni, minta yang mahal dapat yang murah. Bersyukurlah!
Rata-rata netizen menganggap Ruhainies sengaja ingin meraih publisiti murahan dan menunjuk kekayaan kekasihnya.
Ok la tu Ruhainies, bukan senang hendak merasa anggur import yang mahal dengan rasa lebih premium. Bertuah dimanjakan oleh cinta hati.
Sumber ohbulan