Tular dikatakan pakcik kena marah dengan anak kerana jatuhkan iphone, seorang netizen tampil ceritakan hal sebenar

Tular satu gambar dimana seorang pakcik membaiki lcd iphone telah dimuat naik oleh pengguna FB bernama Muhammad Fazli. Dalam posting tersebut, dinyatakan ayah tersebut tidak sengaja dan terjatuhkan iphone sehingga lcd pecah dan si anak mengamuk dan mahukan skrin baru diganti.

Cerita malam tadi

Pakcik ni terjatuh kan iphone 6 anak die

Abis mengamuk dan mrh2 anak kt si ayah mintak ganti lcd iphone…

Anak perempuan pulak tu…

Menung panjang si ayah kene ganti lcd hp anak…

Si ayah bwk duit tak cukup…

Tak sanggup aku nk ambil duit.. Aku charge harga lcd jela…

Nk nangis pun ade, teringat ayah sendiri😭

Wahai si anak, bila ayah kau tak ada di dlm dunia ini baru la ko akan rasa menyesal gamaknya… 😡

Jangan sapa ayoh xdok dh baru nok nyesal wahai si anak..

Kredit – Muhammad Fazli

Namun seorang pengguna FB bernama Nur Sakinah beritahu sebenarnya pakcik tersebut adalah pakcik kepadanya. Dia juga memberitahu pakcik tersebut baik orang nya dan anak-anak dia juga baik dan tiada pun berlaku seperti yang sudah tular.

Weyhh seriussslyy . Ni pakcikk aku okayy . Baikk orangnyaa ,anak2 dia pun baik . Bini dia (makcik aku) tak bole nak jalan sangat sbb sakit . Anak anak dia yang jaga siang malam. Makan pakai anak dia yg sediakan. Dari mana datang nya anak dia kuang ajaa . Ada bukti ke tak ni ? Main aci cakap jer . Kau dh pergunakan muka org tak bersalah kot . Zaman fitnah merata rata . Baik betulkan statement sebelom anak dia ambik tindakan lanjut . Dan buat pengetahuan anak dia tak pakai iphone 6 pun

Sehingga artikel ini ditulis, anak beliau sudah membuat laporan polis.

Ada juga yang mengatakan kedai tersebut sengaja memuat naik gambar dan cerita sebegitu sebagai strategi pemasaran.

Apa-apa pun seeloknya dibawa berbincang balik. Kepada yang memuat naik gambar tersebut kalau untuk marketing sekalipun, berpada-pada la.

Ditulis oleh RJ

 

Apa komen anda?