Allahu, Terasa Tenang Bila Melihat Telatah Kucing

Allahu, Terasa Tenang Bila Melihat Telatah Kucing

Kucing adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai. Memelihara walau hanya seekor kucing dipercayai dapat memberi ketenangan kepada pemiliknya. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Kucing sebenarnya sentiasa mendapat tempat di hati manusia terutamanya pecinta haiwan. Bagi mereka kucing adalah seekor haiwan yang comel, gebu dan manja. Dalam masa yang sama kucing juga memberi ketenangan.

Ketenangan itu akan membantu anda menenangkan diri dan membantu mengembalikan kesegaran fikiran. Kucing sebenarnya boleh menjadi tempat seseorang untuk meluahkan rasa hati sekali gus dapat menjadi kawan baik kepada tuannya. Interaksi kucing dengan manusia banyak memberi manfaat yang baik. Mari kita ikuti manfaat tersebut

1. Mengurangkan stress

Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan. Ia terjadi kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya.

2. Melatih hubungan sosial yang baik

Kucing memang memerlukan perhatian dari pemiliknya, dalam masa yang sama si comel ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya juga. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik.

3. Lebih bahagia

Menurut satu kajian, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.

4. Lebih sihat

Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizikal. Memelihara kucing juga dapat membuat pemiliknya meninggalkan habit sebagai seorang perokok.

Sumber – Teneniaw

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa komen anda?