Aliff Syukri terkejuut permohonan BPN tidak lulus – “Bukan orang biasa sahaja tertek4n, jualan saya merudum 90 peratus

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila mengetahui dia tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

Menurut Aliff, sebagai usahawan dia turut terkesan apabila jualan perniagaannya merudum teruk akibat penularan wabak Covid-19 ini.

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan… saja nak semak!

“Saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) juga turut merasai, rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan?

“Ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum 90 peratus, hampir semua bisnes tutup. Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses ini,” katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.

Perkongsian Aliff Syukri di Instagram menarik perhatian pengikut.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini turut berkongsi paparan skrin status semakan permohonan BPN yang dilakukan olehnya di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sementara itu, Aliff berharap kerajaan dapat membantu peniaga sepertinya yang turut terkesan akibat penul4ran wab4k Cov1d-19.

“Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak banyak tapi sedikit.

Aliff akui jualan perniagaannya jatuh mervdum kerana Cov1d-19.

“Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya, IKS yang lain untuk meringankan beban kami,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Aliff membuat permohonan bantuan itu.

“Tak payah terkejut sangatlah… dah berjuta memang tak dapat Datuk! Cuba duduk rumah setinggan pakai kereta kancil mesti dapat.

“Datuk dah terlebih mampu, bagilah mereka yang lebih memerlukan dekat luar sana. Apa niat Datuk nak tunjuk tak layak tu?,” komen pengikut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

 

 

Apa komen anda?