Terb0ngkar!! Individu Tak Dikenali Ded4h Bahawa Janna Nick Kahwin Lari Di Thailand,Siap Tunjuk Bukti!!

Sebuah entri di laman sosial Twitter mengundang persoalan apabila wujudnya seorang individu yang mendakwa aktres Janna Nick dan kekasihnya, pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada tahun lalu.

Individu yang menggunakan nama @munafiqburner di laman Twitter itu telah memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi mengenai Janna dan Dini yang terkandung nama penuh dan nombor kad pengenalan.

Keratan itu telah mendakwa Janna dan Dini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul yang terletak di selatan Thailand pada tahun lalu.

Berikut merupakan keratan yang dimuat naik oleh @munafiqburner:

Salah satu tweet daripada @munafiqburner turut mend4kwa yang Janna dan Dini kahwin lari di sana.

Sebelum ini, pada November tahun lalu, Janna mendedahkan dia sedang menjalin cinta dengan Dini.

Menurut Janna, hubungan cinta mereka mulai serius semenjak Jun 2019.

Gempak akan menghubungi Janna bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan ini.

KEMASKINI:

Pihak Gempak sudah berjaya menghubungi Janna dan dia enggan memberikan sebarang komen.

Sumber: Gempak

Janna Nick dig0da suami orang, ajak dating sambil pimpin tangan – “Awak kena pakai niqab supaya peminat tak ganggu”

PELAKON Janna Nick tidak menyangka tindakannya berkongsi kiriman mesej peribadi (DM) yang dihantar seorang lelaki di Instagram telah membongkar status pengirim tersebut.

Menurut Janna, awalnya dia hanya berkongsi paparan skrin itu kerana terhibur dengan mesej yang dihantar, namun lain pula berlaku apabila lelaki berkenaan meminta dia memadam muat naik tersebut kerana bimbang diketahui oleh isteri.

“Saya bukan nak aibkan lelaki itu, cuma bila dia cakap jari saya gempal tu saya rasa kelakar… bila benda kelakar saya rasa nak kongsi dengan orang yang tengok Instastorysaya.

“Tapi bila dah post dia suruh padam sebab takvt bini baca dan tukar nama serta gambar profil.

“Jadi sekarang ni salah siapa? Salah sayakah sebab tunjuk DM dia atau salah dia sebab dah kahwin tapi masih nak DM perempuan lain,” katanya.

Janna berkongsi mesej peribadi yang dihantar seorang lelaki di Instastory.

Sebelum itu, Janna berkongsi paparan skrin mesej gangguan yang diterima daripada seorang lelaki di laman Instagram pada Jumaat.

Bagaimanapun, lelaki tersebut memohon perkongsian itu dipadam segera.

“Adoi awak ni. Tak naklah kawan awak dah, pad4m lah. Bini saya tahu nanti mati saya.

Janna kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Dini.

“Tolonglah padam Janna, saya merayu dekat awak,” tulis lelaki itu.

Sementara itu, teman wanita kepada aktor Dini Azan Schatzmann ini turut menasihati mereka yang sudah bergelar suami supaya menjaga hati pasangan masing-masing.

“Ramai je lelaki yang DM tapi tak tahu kalau mereka itu laki orang ke tak! Cuma saya tak pernah layan pun.

“Cuma nak ingatkan kau orang yang dah berumah tangga ni cubalah jaga hati isteri tu. Penat mereka beran4k, jaga makan dan pakai tapi kau mengg4tal pula dengan perempuan lain,” ujarnya.- Mstar

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber: GEMPAK  VIA PENAKITA

Apa komen anda?