Baru 72 Jam PKP Dilonggarkan Di Umum, Kluster Baru Pula Telah Dijumpai Semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wab4k koronavi1rus (Cov19) melibatkan pelajar Maahad Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas enam kes posit1if dikesan di kawasan tersebut.

“Mereka yang ada kontak rapat dengan enam kes positif ini kita akan jalankan saringan kesihatan.

“Walaupun madrasah telah tutup tetapi masih ada yang tinggal dalam madrasah itu.

“Jadi kita akan lihat bagaimana cara untuk kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di madrasah itu sebagaimana di madrasah Kampung Sungai Lui, Selangor,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 8,030 sampel telah diambil daripada pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling.

“Hasil pengesanan pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling, sebanyak 378 kes positif,” katanya.

Berita Lain ..

KKM akan laksanakan saringan rumah ke rumah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah bagi mengurangkan keses4kan di klinik kesihatan ataupun hospital di seluruh negara.

Pengarah Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM ketika ini perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kesesakan serta mengamalkan penjarakkan sosial termasuk menggunakan perkhidmatan dalam talian.

“Sebagai contohnya pesaki1t boleh mengambil ubat melalui pos dan kita juga perlu fikirkan sama ada kita juga boleh memberi raw4tan rumah ke rumah.

“Sebelum ini kita telah melakukan raw4tan di pusat-pusat jagaan di mana warga KKM telah memberikan perkhidmatan di rumah dan ini merupakan satu lagi konsep yang boleh diketengahkan,” katanya pada sidang media harian Covi1d-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, waktu operasi perkhidmatan bakal diketengahkan itu juga boleh dilanjutkan sehingga Sabtu dan Ahad.

Katanya, selain itu, tempoh operasi perkhidmatan juga boleh dipanjangkan sehingga jam 10 malam sekaligus membolehkan pesaki1t dapat melakukan temu janji secara berperingkat.

“Kita mungkin akan mengeluarkan arahan bagi mereka yang datang awal untuk kekal duduk di dalam kereta atau tunggu di kawasan lapang sebelum mereka boleh masuk ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Ini kerana kita tidak mahu berlaku kesesakan khususnya di tempat menunggu,” katanya.

Sementara, Dr Noor Hisham menggesa masyarakat untuk memperkasakan komuniti dan bersama-sama menjalankan tanggungjawab sosial serta kepatuhan terhadap penjarakkan sosial yang diamalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, amalan-amalan baharu di dalam komuniti perlu dipraktikkan untuk membantu negara dalam mengawal penul4ran wab4k Covi1d-19.

“Rakyat Malaysia perlu mengamalkan dua daripada enam kriteria penting daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu mengamalkan norma baharu dan pemerkasakan komuniti untuk menjaga dan memantau tanggungjawab sosial dalam masyarakat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sinar Harian via transformasi.host

Apa komen anda?