Selepas Zul Yahya Suruh Cari Kerja Lain Yang Lebih Berkat, Ini Reaksi Padu Azrel Ismail

” Menyatakan sesuatu pekerjaan sebagai tidak berkat adalah satu tindakan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ramai yang mencari rezeki dalam industri seni ini,” kata pelakon, Azrel Ismail.

Ia susulan kenyataan pelakon, Zul Yahya yang menyeru penggiat industri filem dan drama dalam kalangan kru produksi untuk mengubah haluan kerjaya diceburi yang dianggap tidak berkat.

Azrel yang juga pelakon drama Korban Kasih berkata, adalah tidak adil kenyataan sebegitu ditujukan kepada penggiat seni tempatan.

” Kami bukan berlakon atau bekerja untuk hasilkan filem lvcah. Kalau dilihat, banyak karya tempatan yang menjurus kepada kisah keagamaan.

” Paling tidak pun, akan ada mesej positif disampaikan menerusi sesuatu karya.

” Jadi, tidak adil sekiranya dia menempelak kerjaya sebagai pekerja seni seperti kru produksi dan teknikal sebagai satu kerja yang tidak berkat,” katanya.

Tetap hormat Zul Yahya

Bagaimanapun, Azrel tetap menghormati pelakon itu yang dianggap sebagai senior.

” Saya menonton karya lakonannya sejak kecil lagi. Walaupun tidak pernah bekerjasama, sehingga ke hari ini saya menghormatinya sebagai orang yang terlebih dahulu bekerja dalam industri.

” Namun, saya terpaksa akui bahawa saya tidak bersetuju dengan pendapatnya kali ini,” katanya.

Menurut Azrel, banyak syarikat produksi yang menitikberatkan soal agama walaupun sibuk di lokasi penggambaran.

” Saya pernah bekerja dengan beberapa syarikat produksi dan kebanyakannya menitikberatkan soal agama seperti waktu solat dan sebagainya.

” Selain pelakon dan kru, pekerja seni hiburan juga antara lain adalah artis nasyid dan sebagainya.

Jadi, tak bolehlah nak labelkan industri seni hiburan ini sebagai satu kerja yang tidak berkat.

” Kalau kita lihat, ramai juga pendakwah yang pernah berlakon. Jadi, takkan mereka sebagai orang Islam nak berlakon sekiranya kerja sebagai pekerja seni ini tidak berkat?,” katanya.

Yana Samsudin juga bersuara

Sementara itu, pelakon, Yana Samsudin menerusi status di Facebook menyatakan syarikat produksi masih mementingkan tuntutan agama Islam.

” Lain padang lain belalang. Sepanjang saya berlakon boleh saja berhenti untuk solat. Bilik solekan dan salin baju pun asing daripada lelaki.

” Makanan daripada katering orang Melayu dan halal. Ada waktu rehat untuk solat Jumaat dan waktu rehat seketika untuk menghormati azan dan ada juga produksi yang bercuti pada setiap Jumaat,” katanya.

Menurutnya, setiap skrip untuk karya yang ditawarkannya juga ada menyebarkan mesej positif dalam jalan cerita.

” Saya nak baca skrip pun duduk dalam kereta seorang diri. Tak bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim pun. Setiap skrip mesti ada moralnya. Kalau tidak, mana-mana stesen TV takkan luluskan.

” Saya pun bukan sempurna juga, tapi lama-lama, kita berubah ke arah kebaikan. Asalkan kerja halal, tidak mencvri dan mer0mpak,” katanya.

Yana juga menegaskan bahawa tidak adil untuk pekerjaan sebagai pekerja seni dilabel sebagai tidak berkat.

” Saya tegaskan, ia adalah ilmu hidup dan teras agama diri sendiri. Bukan faktor pekerjaan seseorang. Tak adil untuk orang yang betul-betul mencari rezeki bagi menyara hidup dan masih mengekalkan jati diri orang Islam, tapi dilabel sedemikian.

” Habis tu, har4mkah hasil kami selama ini?” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: LIMAUAIS

Apa komen anda?