Baru Je Dato Eizlan Nak Sam4n, Sekali Ini Reaksi Hans Isaac

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung dakw4an menyebarkan kenyataan menerusi kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 16 November lalu.

Semalam, Eizlan yang juga Ahli Lembaga Pengarah FINAS mengambil tind4kan undang-undang ke atas Hans berhubung dakw4an tidak berasas pada 16 November lalu. Menerusi peguam cara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co, Eizlan kesal atas kenyataan yang did4kwa berunsur f1tnah dan menjatvhkan nama serta reputasinya.

“Untuk makluman, saya menghantar satu mesej dalam kumpulan WhatsApp PFM. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada tiga syarikat yang dipilih untuk menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada FINAS

“Ini termasuklah syarikat Excellent Pictures Sdn Bhd. Bagaimanapun, saya mengakvi membuat kes1lapan dengan mengaitkan Eizlan dan Excellent Pictures.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kekh1lafan saya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, petang ini.

Hans berkata, beliau bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan berserta permohonan maaf kepada Eizlan, semalam.

“Sebaik sahaja saya menyedari kes1lapan ini, saya nak mohon maaf. Tetapi, belum sempat berbuat demikian, saya dimaklumkan Eizlan sudah menghantar surat peguam kepada saya,” katanya.

Hans berkata, dia sudah menghubungi Eizlan melalui peguam caranya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung kes1lapan itu.

“Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang tidak disengajakan.

“Saya berharap kita dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat terus memajukan industri perfileman negara bersama,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BH

Apa komen anda?