Rumah Di Kampung Mula Dimasuki Air Banj1r, Faye Kusairi Risau Bapa Tinggal Seorang Diri

Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa bimbang apabila kampung halamannya di Miri Sarawak mula dinaiki air banj1r selepas hujan turun tanpa henti sejak malam tadi.

Menurut Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, lebih merisaukan apabila memikirkan keselamatan bapanya yang kini tinggal seorang diri.

“Hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan malam tadi air pasang besar dan hujan lebat tak berhenti di Miri.

“Rumah kami di Lutong terjejas dan bapa saya seorang diri di sana,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam entri berkenaan, Faye turut berkongsi beberapa keping foto keadaan kampungnya yang mula dinaiki air.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝗙𝗔𝗬𝗘 𝗞𝗨𝗦𝗔𝗜𝗥𝗜 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 (@fayekusairi)

Jelas Faye lagi, tambah rungsing apabila dia juga tidak boleh pulang ke kampung berikutan tiada penerbangan yang ada ketika ini.

“Mudahan hujan berhenti dan air surut tidak lama lagi. Tiada penerbangan dalam waktu terdekat untuk pulang. Lagi pula k3s Cov1d-19 naik, banj1r lagi.

“Semoga hujan berhentilah.

Susah hati memikirkan bapa seorang di sana dengan keadaan air banj1r makin naik. Bertabah Yan.

Memang benar-benar mencabar ment4l dan em0si saya waktu-waktu begini,” jelasnya.

Pada masa sama, Faye turut menasihati penduduk di Miri untuk menjaga diri masing-masing.

“Kepada mereka yang terjejas dengan b4njir di Miri, jaga diri kalian ya. Siapa yang tinggal berdekatan sungai Lutong, awasi diri anda ya. Sungai kita berbvaya ya. Hati-hati okay,” pesannya.

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?