Polis pantau Fb bekas pelakon, sekali Zul Yahya Up Status makan dalam

TELUK INTAN: Polis Perak akan memantau Facebook seorang bekas pelakon yang dilaporkan sering membuat kenyataan mengenai fahaman antiv4ksin C0VID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan berkaitan tindakan bekas pelakon itu.

“Kita akan melihat perkara ini dan memantau hantaran Facebook serta melakukan s14satan. Jika ia menggugat keharmonian masyarakat, tind4kan akan diambil.

“Setakat ini, tiada gerakan antivaks1n dikesan di Perak tetapi kita tetap melakukan pemantauan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini.

Hantaran Facebook bekas pelakon itu menjadi perbualan netizen kerana dipercayai menolak program vaks1nasi kerajaan.

Semalam, media melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang menasihatkan golongan selebriti supaya tidak menyebarkan fahaman antivaks1n, sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin bagi memerangi penul4ran COV1D-19.

Sementara itu Mior Faridalathrash berkata setakat ini 76 peratus anggotanya di seluruh negeri menyatakan persetujuan untuk mengambil vaksin itu yang akan bermula 12 Mac ini secara berperingkat.

“Saya yakin peratusan itu akan meningkat. Kita tidak perolehi 100 peratus kerana pengecualian anggota yang mempunyai alahan teruk, menyusukan anak dan hamil,” katanya

Dalam pada itu, hasil tinjauan di halaman Facebook rasmi, Tiba Tiba Zul Yahya Kongsi Keratan Berita siap p3rli pihak polis

Usah dengar cakap-cakap neg4tif’

KUALA LUMPUR: Menyokong Program Imunisasi COV1D-19 Kebangsaan, artis veteran terutama mereka yang masih aktif dalam dunia seni, mula mendaftar untuk menerima sunt1kan v4ksin melalui aplikasi MySejahtera sejak 24 Februari lalu.

Enggan bertangguh, apatah lagi melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sihat selepas menerima sunt1kan v4ksin kumpulan pertama diterima daripada Pfizer-BioNTech pada 23 Februari lalu, artis veteran akur gesaan mendapatkan imunisasi, demi kesihatan dan kelangsungan hidup.

Artis veteran secara sukarela menyokong program imunisasi kerana penerimaan suntikan vaksin diperlukan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus penduduk untuk mencapai imunisasi kelompok.

Pelakon Tawil atau nama sebenar, Abu Bakar Ahmad, 68, mendaftar sebaik Muhyiddin mengumumkan rakyat boleh menyerahkan nama melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin

“Jika ditanya soal kesediaan, saya menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana ini untuk kebaikan kita.

“Tiada sebab mengapa kita tidak mahu mengambil vaksin. Kita tidak boleh dengar cakap orang yang berfikiran negatif.

“Bagi saya, tidak kisah untuk keluar rumah menerima vaksin demi mematuhi saranan Kementerian Kesihatan. Apa yang kita lakukan ini adalah atas perasaan sayang terhadap rakyat Malaysia,” katanya kepada BH Online.

 

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: http://trendingsangat.pw/2021/03/p0lis-pantau-fb-zull/

Apa komen anda?