Setahun Pemerg!an Ashraf Sinclair, Ini Perancangan BCL Buat Ramai Terkejvt

Penyanyi Bunga Citra Lestari, 38, mengakui masih berusaha untuk menjadi orang yang lebih kuat selepas setahun pemerg1an suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Menurut Bunga atau lebih mesra disapa BCL berkata dia kini perlu menjaga diri sendiri selepas arw4h meningg4l dun1a pada Februari tahun lalu.

“Dia sudah tiada untuk jaga saya, jadi kini saya kena jaga diri sendiri. Itu menyebabkan saya perlu kuat dan harus menjadi kuat.

“Saya tak boleh kata saya sudah kuat, cuma sekurang-kurangnya kita cuba.. kalau jatuh, kita terus bangun!

“Tak mengapa, nangislah macam orang g1la sekalipun, selepas itu kita berdiri semula,” katanya ketika bersiaran dalam program NSS Ep24-Bunga Citra Lestari yang dimuat naik di saluran Youtube CXO Media.

Sementara itu, pelantun lagu Cinta Sejati menyatakan dia akan meneruskan perancangan bersama arw4h untuk membuka sebuah syarikat rakaman atau label.

Malah, katanya dia akan meneruskan karier seni dengan mengadakan konsert, mengeluarkan album dan tampil dalam filem.

“Perancangan sebelum ini dengan Ashraf dia bantu saya untuk buat label sendiri, tapi dia pergi dahulu.. jadi kita teruskan sahaja perancangan itu.

“Saya akan teruskan karier nyanyian, kalau boleh mahu terus berkembang, ada konsert lagi, buat album penuh, muzik, filem atau apa sahaja karya hebat lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Ashraf meningg4l dunia ak1bat ser4ngan jantvng kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari 2020.

Allahyarham telah dikebvmikan di kompleks pemak4man San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

 

Sumber: DetikHot

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?