“Awww…Stacy, You Are Such A Lucky Wife…” – Misha Omar Dedah Minat Akim Ahmad Dalam Diam

Penyanyi Misha Omar mengakui sudah lama meminati vokalis Akim & The Majistrate, Akim Ahmad dalam diam.

Misha berkata peluang bekerjasama dengan Akim baru-baru ini merupakan impiannya sejak sekian lama.

Menurut Misha Akim seorang penyanyi yang hebat dan sepatutnya bekerjasama pada tahun lalu, tetapi rezeki tidak menyebelahi mereka.

Selain memuji bakat nyanyian Akim, Misha memberitahu penyanyi tersebut juga merupakan seorang penyanyi dan bapa penyayang.

“Dari tahun lepas hampir dapat nyanyi dengan dia tapi tak ada rezeki. Untkk awal 2021 ni…Hurrayyyy! Show pertama untuk kami dapat nyanyi sama-sama.

“Seronok sembang dengan dia ni…Cerita fasal muzik, kehidupan dan dia seorang suami dan bapa yang penyayang.

“Nama isterinya, @stacyanam tak akan lekang dari bibir dan selalu mengakui keyakinan untuk melakukan apa yang dia suka semuanya datang dari support seorang isteri,” katanya.

Tambah Misha lagi, Stacy seorang isteri yang bertuah dan mendoakan agar pasangan tersebut selalu diberikan kebahagian.

“Awwww Stacy…You are such a lucky wife. Kak Mitch doakan korang bahagia selalu okay,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, Akim dan Stacy turut memberikan reaksi kepada hantaran yang dibuat Misha.

Masing-masing mengucapkan terima kasih kepada penyanyi senior tersebut selain meluahkan rasa gembira kerana dapat berkongsi pentas dan bekerjasama.

“Love u Kak Mitch!!,” tulis Stacy.

“Love u kak. Bangga dapat sepentas dengan akak. Suara merdu, feel akak, dasyat, kagum saya.

Tak sangka dapat nyanyi dengan akak. Terima kasih banyak kak. Sampaikan salam kat abang Firos,” reaksi Akim pula.

Terdahulu, Misha dan Akim diberi penghormatan bergandingan dalam persembahan pembukaan di pentas AJL 35 yang berlangsung pada Ahad lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

SUMBER: GEMPAK

Apa komen anda?