Majlis penyatuan dua hati antara selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas Haris Ismail masih hangat diperkatakan warganet di media sosial.
Namun selain pengantin baru, reka bentuk keindahan dewan pernikahan dan pelamin yang berkonsepkan Jabal Rahmah terus menjadi tumpuan utama dalam majlis berlangsung pagi semalam itu.
Bagi pereka perkahwinan Reka Teemor, mereka akhirnya boleh menarik nafas lega apabila semua perancangan berjalan lancar selepas tiga minggu terpaksa menyimpan rahsia daripada dihidu pihak media.
Tiga minggu sorok dari ‘paparazzi’
View this post on Instagram
Menerusi posting di laman Instagram, perancang tersohor yang dijayakan oleh pasangan suami isteri, Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz itu meluahkan rasa lega dapat merealisasikan impian perkahwinan pihak pengantin dengan sebaiknya.
View this post on Instagram
“Alhamdulilah, yang dirahsiakan semuanya sudah dizahirkan, yang payah untuk dielak untuk dijawab dah senang untuk kongsikan. Pernikahan anak perempuan dari rahim ibu yang comel dooh @noorkartini,” katanya.
Terdahulu, pasangan pengantin baru tersebut dinikahkan oleh adik kandung Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Difahamkan, tahun 2019 menjadi titik permulaan perkenalan mereka sehingga mengambil keputusan untuk diijabkabulkan dan melayari cinta sehidup semati.
Sumber: Instagram @rekateemor via trendingkini