Tak sangka jadi punca kec0h gambar Neelofa, PU Riz, Peniaga jus mangga cerita apa yg jadi

Seorang peniaga jus mangga tidak menyangka gurauannya mengenai ‘tuah’ berkongsi penerbangan ke Langkawi dengan Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz membawa kekecohan.

Ini kerana, gambarnya bersama pasangan itu menimbulkan dakwaan pengantin baru itu melakukan perjalanan rentas negeri untuk berbulan madu.

Kata Mohd Yusridan Hanif, dia berasa serba-salah terhadap pasangan pengantin baru itu selepas perkongsiannya menjadi tular sejurus ia dimuat naik ke platform media sosialnya.

“Saya biasa lakukan tugas-tugas khas untuk rakan artis, justeru bila mengetahui Neelofa dan Haris naik satu penerbangan sama, saya ambil gambar mereka berdua.

“Tujuannya saja nak bergurau-gurau dengan rakan di Facebook kononnya jalankan urusan bersama-sama pasangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, tular imej Neelofa dan pendakwah selebriti tersebut yang did4kwa selamat tiba di Langkawi untuk berbulan madu.

Gambar dikongsikan seorang pengguna Twitter memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama lelaki berkemeja putih serta berkopiah di platform media sosial tersebut.

Imej itu pada awal dikongsikan oleh Mohd Yusridan melalui satu hantaran di Facebook dengan kapsyen: “Selamat datang ke Langkawi Neelofa.”

Imej itu mengundang polemik memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan sekarang ini.

Neelofa atau atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris selamat diijabkabul pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Bagaimanapun, sehari kemudian timbul isu majis bertemakan serba putih serta dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad itu melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan respons daripada pihak Neelofa berhubung dakwaan terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Yusridan, 45, berkata, dia bukanlah seorang ejen pelancongan yang menguruskan percutian Neelofa dan Haris seperti didakwa segelintir pihak.

“Bukanlah. Saya memang tak pernah kenal mereka sebelum ni. Dan saya bukan uruskan agensi pelancongan cuma kehadiran saya di Langkawi atas urusan kerja,” katanya.

Diminta mengulas ketidakpuasan orang ramai berhubung perjalanan rentas negeri kepada pasangan tersebut, Mohd Yusridan tidak menolak kemungkinan pasangan itu mungkin memiliki sebab yang dibenarkan untuk terbang ke Langkawi.

“Saya fikir mungkin Neelofa dan Haris mendapat kebenaran Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).

“Sebab bukan senang-senang untuk dapat pelepasan sekiranya bukan atas sebab-sebab dibolehkan untuk rentas negeri,” katanya yang membuka gerai jus mangga di Jalan Dungun, Bukit Damansara.

Sementara itu, BH Online melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa dan suami.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

“Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Motac berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri enggan mengulas lanjut berkenaan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) terhadap majlis pernikahan Neelofa.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsi AWANI, beliau memberikan jawapan ringkas kepada soalan yang ditanya oleh wartawan.

“Yang itu saya no komen,” katanya

Beliau merupakan antara tetamu hadir pada majlis yang berlangsung pada Sabtu.

Terdahulu, pihak polis membidas dakwaan polis tidak mengambil tindakan (double standard) terhadap orang kenamaan (VVIP) melanggar SOP dalam penganjuran sesuatu majlis besar termasuk majlis perkahwinan.

Polis juga telah memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti tempatan terkenal, Neelofa, berikutan dakwaan majlis tersebut melanggar SOP Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.

 

sumber: mkini via trendingsangat

Apa komen anda?