“I’m Not Gonna Stay With You…” – Madu Adira Pergi Balai Polis Pukul 3 Pagi

Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datin Red berkongsi luahan perasaan di Instagram Stories mengenai keadaan dirinya dan anak-anak.

Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim seolah-olah memberikan bayangan status itu berkenaan rumah tangga yang tidak bahagia.

“Tak pernah rasa sesakit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula.

“Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak.

“Mereka patut membesar dan belajar tentang kegembiraan dan kasih sayang, berbanding kebencian dan kesengsaaraan.

“Satu (ikatan) perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil,” tulis Datin Red.

Selepas memuatnaik status berkenaan, Datin Red turut berkongsi dirinya ditemani rakan baiknya berada di balai polis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi.

Tulis rakannya yang memuatnaik keadaan dirinya berpakaian serba hitam di balai polis berkenaan; “Kalau hidup tak boleh menyenangkan, jangan menyusahkan! Teruskan kuat.”

Untuk rekod, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin bersama penyanyi Adira tanpa pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Menerusi perkahwinannya dengan Adira, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Secara keseluruhannya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak dalam semua perkahwinannya.

Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF

Nama Penuh: Datuk Seri Adnan Abu

Umur: 40-an

Gelaran: Dato

Pekerjaan: Ahli Perniagaan

Nama Isteri Pertama: Syarifah Norshafila Binti Hassim (Datin Red)

Bilangan Anak: 3 Orang

Facebook Datin Red: https://www.facebook.com/syarifahnorshafila.shassim

Nama Isteri Kedua: Adira ( Siti Adira Suhaimi )

Mendedahkan persekolahannya hanya setakat tingkatan empat, berbeza dengan rakan sebayanya waktu itu, Adnan berkata beliau terpaksa bekerja keras demi menggapai kejayaan.

“Saya lahir atas ‘sampah’. Saya yatim piatu pada usia 19 tahun. Masa itu saya tidak ada apa-apa, bermula dari kosong.

“Saya pernah ceburi perniagaan cuci kereta, buka restoran, jual nasi lemak tepi jalan pun saya pernah.

“Saya ini jenis tamak tetapi tidak menjatuhkan orang. Saya tidak boleh tengok orang senang, saya pun hendak senang,” katanya.

Apa yang dihajati ibunya tidak mampu beliau ditunaikan kerana terlalu mementingkan kerja.

“Dalam kesibukan, saya lupa mak saya. Masa itu saya berniaga di pasar PJ Old Town. Mak saya ketika itu hanya di Hospital Universiti Malaya kerana b4rah p4yudara.

“Dia bosan makan bubur dan hendak makan ikan keli. Saya pula hendak ke Kuala Selangor, ambil barang dan takvt tiada barang jika terlewat.

“Apabila mahu balik ke hospital, saya terima panggilan, mak saya sudah naz4k dan kemudian menin.ggal dunia. Disebabkan saya tam4k cari duit, saya terkil4n,” katanya, sebak.

Bersama pah1t get1rnya sendiri, rasa terk1lannya itu diabadikan dalam video di bawah ini:

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : Trendingsangat

Apa komen anda?