Penyanyi dan pelakon Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengulas mengenai gos1p yang pernah membabitkan namanya sekitar pertengahan era 1990-an dulu.
Kata Ziana, dia akur apabila dirinya menjadi sorotan dan terpalit dengan pelbagai gos1p l1ar yang luar jangkaan.
“Ketika waktu itu, saya digos1pkan pula dan ia di luar jangkaan saya. Inilah cabaran apabila menjadi pelakon, bila kita tengah ‘top’ orang akan cuba gos1pkan dengan benda yang kita tak pernah buat dan tak terfikir pun.
“Jadi, saya telan perkara itu kerana saya tahu siapa diri saya dan keluarga pun tahu siapa saya,” katanya kepada Awani.
Mengimbas semula, Ziana pernah terpalit dengan seorang individu yang cukup berkuasa dan berpengaruh ketika itu sewaktu namanya sedang berada di puncak karier.
Temu bual eksklusif dalam slot “Stars@AWANI” itu disiarkan di platform media sosial Astro AWANI sempena ulangtahun ke-30 Ziana Zain dalam industri seni.
Ikuti temubual bersama Ziana Zain di sini.
View this post on Instagram
Sumber: Awani