‘Detektif Conan’ d3rita k4nser menInggal dunla

Kuala Lumpur: Zairani Sarbini yang meminjamkan suara bagi watak animasi penyiasatan terkenal, Detektif Conan menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga di kediamannya di Damansara Damai, semalam . Artis alih suara berusia 48 tahun itu yang mendrita knser servlks, menlnggal dunla pada 3.30 petang.

Suaminya, Shamsul Cairel, 48, berkata, kesihatan arw4h semakin mer0sot sejak seminggu lalu dan Zairani juga tidak sempat menjalani kem0terapi di Institut Kns3r Negara, sebaliknya meneruskan rawatan di rumah

“Sejak kelmarin sudah nampak tanda arwah n4zak, antaranya nafas putus-putus. Isteri mennggal di sisi ahli keluarga dan tidak dapat bertutur sejak sel k4nser merebak ke otak. “Keadaannya terlalu lemah dan hanya berbekalkan ubat-ubatan selain, dibantu Hospis Malaysia sepanjang dia di rumah.

“Saya mewakili ahli keluarga berterima kasih dengan bantuan dan sokongan semua pihak sepanjang tempoh rawatan dan yang menjaga arw4h,” katanya ketika dihubungi. Shamsul berkata, jenazah Zairani akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor pada jam 9 pagi esok.

“Saya minta sesiapa yang mengenali arwah minta doakan dan maafkan kesalahan arwah. Jika ada sebarang urusan dengan arwah yang masih belum sempat ditunaikan arwah, datanglah temui saya,” katanya.

Terdahulu, katanya, ramai pihak terutama ahli keluarga arwah isterinya yang menetap di Perak menyatakan kekesalahan kerana tidak dapat ‘menemui’ arwah buat kali terakhir kerana sekatan pergerakan.

“Begitu juga kawan isteri dalam kalangan artis alih suara yang terkesan dengan kehilangannya,” katanya yang memberitahu isterinya dikenali ‘Kak Baby’ dalam kalangan teman dan seorang ceria, suka bergurau serta gemar membantu mereka dalam kesusahan.

Dia juga terharu dengan keprihatinan ditunjukkan rakan arwah termasuk pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang sering bertanya khabar sejak mengetahui arwah mend3rita k4nser.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  IG info semasa

Apa komen anda?