Bertuahnya Fatima , Kecik Lagi Dah Dapat hadiah Hari Lahir Dari Tengku Permaisuri

PETALING JAYA – Bertuahnya badan. Itu luahan yang terungkap dari bibir rata-rata netizen saat melihat anak pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.

Manisnya, rantai berserta loket berlian yang direka khas dengan abjad F bersempena nama Fatima.

Hadiah tersbeut juga dikurniakan Permaisuri Selangor bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.

Menerusi InstaStory yang dimuat naik Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, dia dilihat menerima sebuah beg kertas berwarna merah yang tertera nama Permaisuri Selangor.

Selain rantai, Fatima turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,” tulis Permaisuri Selangor dalam kad tersebut.

Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Fazura menzahirkan rasa teruja dengan pemberian istimewa yang diberikan Permaisuri Selangor buat puteri kesayangannya itu.

SELAIN seutas rantai, Fatima turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan tulisan tangan daripada Permaisuri Selangor.

“Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

“Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah,” kata pelakon filem Plsau Cukur itu.

Terharu dengan pemberian tersebut, dia turut menitipkan doa buat Permaisuri Selangor agar sentiasa dilimpahi rezeki dan kegembiraan.

“Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Fazura juga pernah menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Sumber : K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://livenewszone.com

Apa komen anda?