[VIDEO] Ramai Terhibur Tokti Tiru Gaya Bonda Hetty Nyanyi

Datuk Siti Nurhaliza kesayangan ramai sekali lagi tarik perhatian peminat apabila berkongsi di Instagram sedutan siaran langsung program MeleTOP yang dihadirinya sebagai tetamu jemputan pada malam Isnin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Semangat tiru gaya Bonda Hetty nyanyi

Dalam video tersebut, kelihatan Tokti bersemangat meniru gaya nyanyian Bonda Hetty yang juga hadir sebagai tetamu jemputan Meletop. Tokti juga berjaya memecahkan suasana dengan gelak ketawa mereka di studio rakaman kerana berjaya meniru gaya penyanyi itu menyanyikan lagu berjudul Bulu Romaku. 

Di ruangan kapsyen, Tokti sempat berseloroh dengan menyifatkan ‘moment’ tersebut jarang sekali akui terhibur dengan tindakan spontan nya itu.

Tokti berkata dia seronok dapat menyanyi battle dengan legenda yang dia hormati, ibu Hetty. ” Ini sekadar menghiburkan dan saya diberikan lagu Berdiri Bulu Romaku. Oleh kerana lagu ini viral sewaktu konsert Satu Suara 2, saya dan ibu Hetty, malam ini kononnya nak meniru semula gelagat beliau.”

VIDEO : 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Perkongsian Datuk Siti Norhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti mendapat reaksi positif dari peminat kerana ramai yang terhibur dengan perkongsian tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terhibur dengan gelagat Siti dan Hetty. Malah tidak kurangnya, ada diantara mereka pertama kali melihat pelantun 7 Nasihat itu berjenaka sedemikian.

Komen Netizen :

Sekadar info, Bulu Romaku dendangan Hetty itu telah diterbitkan pada tahun 1986. Pada tahun yang sama, penyanyi dari seberang ini telah memenangi Anugerah BASF bagi lagu tersebut yang terjual lebih dari satu juta unit di Indonesia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Instagram Siti Nurhaliza

Apa komen anda?