“Ada Ke Perempuan Bahagia Dilayan Suami.. ?” – Ellie Tampil beri Respon Ini buat Ramai Terkejut

Berusaha menjaga hubungan baik dan aib bekas suami, Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan dirinya sebelum ini memang selalu meminta cerai.

Kata aktres dan pengarah itu, sewajarnya perkara tersebut tidak perlu diungkit mahupun dipersoalkan memandangkan lelaki yang sudah hidup bersama dengannya sejak 19 tahun lalu itu tahu situasi sebenar.

“Kenapa saya selalu minta cerai? Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar (hebahkan).

“Selepas sah berpisah kami ada berjumpa sebab saya mahu hubungan baik ini berkekalan. Tak semestinya bercerai kita jadi berantakan. Saya pergi tuntut fasakh pun ketika dalam keadaan tenang, jadi kenapa ungkit perkara lalu.

“Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas perceraian ini ramai bersimpati dengannya dan membenci saya. Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua.

“Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta cerai. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur. Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.

“Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?” luahnya kepada Kosmo! Online berhubung kenyataan Azri dalam sebuah portal semalam.

Kata aktor berkenaan, selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie sebelum ini.

Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan bercerai pada 22 April lalu.

Azri tampil menjawab dakwaan penc3raian dengan bekas Isteri

“Bagi saya, lebih baik Ellie minta cer4i daripada dia menjalani satu kehidupan yang tak ikhlas bersama saya.

“Tak apalah… dah ditakdirkan dia akan menjadi kawan saya serta ibu yang masih menjalankan tanggungjawab yang baik kepada anak-anak kami.

“Rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Tapi normallah sekiranya dilanda taufan dan kami berbaik semula lepas tu,” tambahnya.

Ditanya sekiranya dia menyedari sebarang perubahan ketara sikap dipamerkan pelakon Spinning Gasing itu sebelum berpisah, Azri menjawab: “Tidak”

“Selama dua bulan dia menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan oleh Osman Ali, kami buat video call setiap malam.

“Tapi kemudian bila penggambaran terhenti sebelum bersambung di Perak, dia beri borang dan maklumkan nak bercer4i tiba-tiba,” katanya.

Diminta mengulas ruang untuk rujuk kembali suatu hari nanti, Azri, berkata, situasi percer4ian itu masih baru dan dia lebih selesa untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Saya tak reti nak cakap soal rujuk. Saya masih bersedih, tipulah kalau tak sedih. Saya juga masih kecewa sebab rasa sayang.

“Kami bercer4i bukan disebabkan ada wanita lain atau bergaduh,” katanya yang bakal menggalas watak utama sebagai Tan Sri Elyas Omar pada pementasan 1 Jun ini di Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : kosmo

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ada Ke Perempuan Bahagia Dilayan Suami.. ?” – Ellie Tampil beri Respon Ini buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*