“Istri Kawe Ore Kelate, Pah Kawe Keno Balik Kelate Ahh..” – Respon Datuk Jamal Melawak Dapat Tepukan Gemuruh

Dato’ Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 7 Mei tahun 1959, berasal dari Teluk Intan, Perak.

Mula dikenali ramai setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan Bintang RTM 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti Perpisahan Tanpa Relamu, Derita Cinta, Azura dan banyak lagi.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau menjadi pengacara dalam rancangan hiburan televisyen RTM, bergandingan bersama seorang penyanyi wanita iaitu Misha Omar di Konsert Fenomena Jamal Abdillah & Misha Omar, pada tahun 2006 yang lalu.

Respon Jamal Abdillah yang berdialek Kelantan itu, telah membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya yang secara spontan dan selamba.

VIDEO;

@radiotelevisyenmalaysia

Jaddi dok kecek tu?🤔Jom “throwback” dengan menonton siaran percubaan #TV6 di #RTMKlik

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan dan selamba. Ada juga yang mengatakan sikap beliau yang kelihatan serius, sehingga peminat baru sahaja mengetahui bahawa beliau mampu menghiburkan orang ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 203.1K penonton, 5835 sukaan dan 138 komen.

KOMEN NETIZEN;

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : TIKTOK / https://www.metro.rimbabara.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Istri Kawe Ore Kelate, Pah Kawe Keno Balik Kelate Ahh..” – Respon Datuk Jamal Melawak Dapat Tepukan Gemuruh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*