Wanita Tudung Labuh Suruh Kahwin Balik Dengan Noor Nabila, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila kembali menjadi bualan ramai apabila usahawan terkenal itu bertindak memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram (IG).

Kahwin Balik

Isu itu membuatkan warganet tertanya-tanya sama ada benar mahligai yang dibina itu sedang bergolak dan secara tidak langsung mengaitkan nama bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iranadhirah bertindak berani mati apabila cuba menjodohkan Sharnaaz dan Nabila kembali.

Ini berikutan tindakan Nabila yang mempertahankan bapa kepada anaknya, Jayden Ahmad yang didakwa memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, baru-baru ini.

Ciapan itu telah mengundang pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad untuk memberikan reaksi. Kata pelakon berumur 36 tahun, tindakan wanita itu tidak seiring dengan penampilan dirinya yang bertudung labuh berdasarkan gambar profil.

Tidak habis di situ, wanita itu membalas, “Lah tak kutuk pun kot. Rileks la.”

Komen Netizen :

Pada Jun lalu, Nabila menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah. Katanya, dia dan suami memilih untuk jarang berkongsi foto bersama memandangkan ini perkahwinan kali ketiga untuk mereka berdua.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad,oh bulan

 

Apa komen anda?