“Dari video ni terjawab segala persoalan Netizen ” Akhirnya Terjawab Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran

Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa seperti telur di hujung tanduk selepas beberapa gambarnya bersama suami, Engku Emran sudah dipadam di Instagram.

Berita mengenai masalah rumah tangga membabitkan Engku Emran dan Noor Nabila ini turut mendapat perhatian media di Indonesia yang juga mengatakan rumah tangga mereka telah sampai ke penghujungnya.

Terbaru! Terdapat satu video yang dimuatnaik Noor Nabila di Tiktok menunjukkan anaknya, Jebat Jayden sedang mendirikan solat berjemaah dengannya.

Video itu telah membuktikan yang Nabila masih sebumbung dengan suaminya apabila terdapat kelibat Engku Emran yang sedang menjadi imam mereka.

Cerita yang kita dengar bahawa perkahwinan mereka seperti di hujung tanduk itu adalah tidak benar.

VIDEO :

Ramai mula respon berkaitan video yang telah diposting Noor Nabila kerana segala persoalan tentang status hubungan dengan suaminya Engku Emran telah terjawab. 

Komen Netizen : 

Kini terjawab sudah teka teki status hubungan mereka. Semoga hubungan mereka baik hingga ke Jannah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Tiktok Noor Nabila

Apa komen anda?