Pakar Bedah Sahkan Lvka Lecvr Adik Bella Berpunca Daripada perkara Ini buat ramai terkejut

Dah lama kan kita tak dengar perkembangan mengenai kes adik Bella, remaja S1ndrom Down yang sebelum ini dikatakan did3ra pengasas rumah Bonda, Siti Bainun.

Memetik laporan daripada Harian Metro, pakar Bedah Plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kesan mel3cur di bahagian tangan adik Bella berkemungkinan besar disebabkan oleh air panas.

Menurut Dr Salmi Mohamed Shukur, 46, pengesahan itu berdasarkan laporan yang diberikan pegawai perubatan, Dr Sheshadri Sridar pada 26 Jun 2021 ketika merawat mngsa.

 

Tambah Dr Salmi lagi, terdapat beberapa parut lvka matang di sekitar badan dan tangan Bella.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad mengenai keadaan Bella semasa menerima rawatan, Dr Salmi berkata, Bella menangis dan tidak gembira.

Katanya, beliau dibantu pegawai perubatan terpaksa memegang Bella bagi mengelak dia meronta.

“Semasa dirawat kita (pegawai perubatan) terpaksa memegang tangan Bella. Dia menangis bila kita pegang tangan… Dia (Bella) tidak happy (gembira) mungkin sakit sebab itu Bella menangis,” katanya.

Beliau turut mendakwa melihat terdapat beberapa parut luka matang yang sembuh sekitar badan dan tangan remaja itu.

Katanya, luka di tangan kanan remaja itu mengambil masa sebulan untuk sembuh manakala luka di tangan kiri pula mengambil masa enam minggu.

Ketika pemeriksaan utama oleh Nor Azizah mengenai fizikal remaja itu ketika dirawat, saksi itu mengatakan Bella nampak kecil dengan berat badan 35 kilogram, namun tidak sehingga menampakkan tulang rusuk atau mata cengkung.

Dalam prosiding sama, Dr Salmi turut membuat pengecaman terhadap Bella di mahkamah.

Ketika pemeriksaan utama oleh Nor Azizah mengenai fizikal remaja itu ketika dirawat, saksi itu mengatakan Bella nampak kecil dengan berat badan 35 kilogram, namun tidak sehingga menampakkan tulang rusuk atau mata cengkung.

Dalam prosiding sama, Dr Salmi turut membuat pengecaman terhadap Bella di mahkamah.

Ditanya keadaan Bella yang terbaru hasil pemerhatiannya itu, beliau berkata, tangan kanan ada parut yang sudah matang manakala tangan kiri pula parut masih merah dan tebal.

“Parut itu masih memerlukan rawatan. Daripada segi penjagaan, ia bagus setakat ini,” katanya.

Semoga adik Bella mendapat keadilan dan cepat sembuh dari segala sakit yang dia hadapi.

Video :

Komen Netizen :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HM

Apa komen anda?