“Ya ampun dato” – Dato Vida Beri Respon Susulan Pengakuan Rossa Tak Kenal Siapa Iqbal

Kecoh di media sosial semalam, tularnya satu video temubual bersama penyanyi terkenal dari negara seberang, Rossa berkenaan isu dirinya dan bekas pembantu Dato’ Seri Vida, Iqbal Zulkefli.

Menerusi video berkenaan, Rossa yang kelihatan agak bingung mengakui dia tidak mengenali siapa Iqbal dan mereka hanya bersua sekali sahaja semasa majlis tayangan filem Love Knots di Jakarta, Indonesia.

 

Pun begitu, Iqbal yang meninggalkan komen di Instagram portal berita berkenaan berkata, dia memang berniat untuk mengenali Rossa namun itu tidak bermakna dia mahu terus berkahwin.

Dato’ Vida buat video perli Iqbal?

Susulan tular isu tersebut, Dato’ Seri Vida menerusi satu video di TikTok telah memberi respon berkenaan hal tersebut selepas ramai di kalangan netizen katanya telah ‘tag’ namanya di video Rossa.

Menerusi video berkenaan, disertakan klip saat Rossa mengatakan dia tidak mengenali Iqbal dan diikuti dengan beberapa siri video Dato’ Vida sedang ketawa berkali-kali. Uishhh lain macam ni!

@datoserividaofficial

RAMAI TAG SAYA..OK SAYA DAH RESPON ##fyp ##fypシ ##rossa ##virallll ##foryoupage ##foryoupagee ##fyppppppp

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Ramai tag saya. Ok saya dah respon,” tulisnya.

“Cara paling win yang saya jumpa untuk perli ex” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sejujurnya agak terkejut dengan respon dari usahawan kosmetik tersebut yang ‘gelakkan’ Iqbal berkenaan isu itu.

 

Namun ramai juga yang mengatakan mungkin Dato’ Vida hanya berjenaka saja dan tidak berniat pun untuk buat mana-mana pihak sakit hati.

Harap-harap Iqbal janganlah terasa hati. Moga Iqbal dan DSV berbaik-baik semula walaupun bukan sebagai kekasih tapi mungkin sebagai sahabat pada masa hadapan. 

Sumber: Lobakmerah

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ya ampun dato” – Dato Vida Beri Respon Susulan Pengakuan Rossa Tak Kenal Siapa Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*