Aliff Syukri buka Cerita sebenar selepas Dirinya dikaitkan dengan Pembida yang Melarikan Diri selepas Berjaya Menang Bidaan

Kuala Lumpur: “Tolong jgn libatkan saya,Semua orang berhak untuk membida, saya tlada kena mengena dengan isu ini. Biarpun dia bekerja sebagai pembantu peribadi saya, namun itu haknya untuk membeli”.

Demikian penjelasan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila diminta mengulas mengenai seorang individu yang bertindak membida aset milik Nur Sajat dan kemudian dikatakan menghilangkan diri.

Netizen mula mencari nama lelaki berkenaan dan mendapati profil media sosialnya tertulis kerjaya sebagai pembantu peribadi kepada Aliff Syukri.

“Sekiranya dia (individu terbabit) ingin membeli, itu berada di luar bidang kuasa saya. Memang dia bekerja untuk saya, namun dia mempunyai hak untuk membuat pilihan membeli dan sebagainya.

“Kebanyakan barang-barang di dalam rumah Sajat itu adalah barang saya, jadi untuk apa saya hendak membelinya. Jika diikutkan hiasan dalam rumah saya pun sudah cukup banyak.

“Mungkin ada yang mengaitkan saya kerana pada pagi semalam saya menitipkan kata-kata semangat buatnya. Takkan itu pun salah?. Kadangkala rakyat Malaysia gemar memperbesarkan perkara kecil,” katanya kepada Harian Metro.

Aliff kini bercuti bersama keluarganya di Turki.

Sumber : Hmetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Berikutan proses lelongan harta Sajat yang ga.gal selepas pembida menghilangkan diri, peguam Nurul Hafidzah Hassan menjelaskan serba sedikit mengenai gerangan lelaki tersebut.

Memetik laporan mStar Online, difahamkan pembida bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu ada kaitan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang juga rakan baik Sajat.

Nurul Hafidzah berkata, profil di aplikasi WhatsApp milik Mohammad Syazwan turut mempunyai foto Aliff selain lelaki berkenaan juga sering muncul dalam laman Instagram usahawan terbabit.

“Saya tak kenal dia (pembida) tapi profil WhatsApp memaparkan fotonya bergambar bersama Aliff Syukri dan ada kenalan saya memberitahu lelaki itu ada kaitan dengan usahawan itu.

“Tapi saya tak pasti jika lelaki itu disuruh oleh Aliff atau sebagainya, kami hanya membuat spekulasi… tak pasti betul atau tidak,” katanya.

Jelas Nurul Hafidzah, dia menyifatkan tindakan pembida itu seolah-olah menghlna mahkamah apabila ‘ghaib’ selepas berjaya melakukan bidaan tertinggi sebanyak RM132,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : transformasi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Aliff Syukri buka Cerita sebenar selepas Dirinya dikaitkan dengan Pembida yang Melarikan Diri selepas Berjaya Menang Bidaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*