Tak Mampu Bertahan, Wany Hasrita Hilang Diri Sendiri?

Kehangatan malam Muzik-muzik Separuh Akhir 36 makin membara apabila lagu yang layak bertanding di AJL36 diumumkan.

Spekulasi dan teka teki lagu manakah yang bakal berentap di AJL 36  terjawab pada 1 Januari 2022 selepas kelangsungan pusingan separuh akhir untuk program Muzik Muzik 36 nanti. 30 buah lagu akan bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 secara siaran langsung dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam. 

Menjadi perhatian selain Aina Abdul dan Iman Troye ialah Wany Hasrita. Mempersembahkan lagu yang bertajuk ‘Cinta Khayalan’, Wany berjaya menyampaikan lagunya dengan penuh penghayatan dan secara santai.

Namun, apa yang mengejutkan Wani meluahkan perasaan hatinya pada malam itu. 

“Cinta Khayalan adalah semuanya tentang lirik dan melodi. Malam ini, saya meluahkan apa yang saya rasakan melalui lagu ini” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Tak Mampu Bertahan Lagi

“Cinta Khayalan is all about the melody vibes & lyrics. Tonight, i’m expressing myself, my current situation through this song. ‘Aku yang dingin adakah mampu bertahan lagi,’ i lost myself trying so hard to make everyone happy, but i think it’s time to focus on myself. I think?

“Saya hilang diri sendiri dalam mencuba untuk buat semua orang gembira tapi tidak saya . Saya rasa tiba masanya saya fokus terhadap diri saya… tulisnya.

Wany juga berterima kasih kepada kedua-dua orang kuat dalam penciptaan lagu ‘Cinta Khayalan’ , menzahirkan rasa bertuahnya dapat bekerjasama dengan orang hebat ,Wany juga akan berusaha lebih lagi untuk masa hadapan.

“Thank you so much kak @amyleaazizan & @farouk_roman for this beautiful song. I’m so lucky dapat peluang bekerjasama dgn anda berdua. Definitely will try harder next time insyaAllah” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata positif dan menyokong Wani dalam apa yang akan dibuat pada masa depan nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Instagram Wany Hasrita

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Mampu Bertahan, Wany Hasrita Hilang Diri Sendiri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*