Menerusi rancangan nyanyian di TV3, Terpaling Juara menarik perhatian ramai kerana ia menghadirkan barisan penyanyi yang terkemuka di Malaysia. Antaranya, Ifa Raziah, Naim Daniel, Hael dan banyak lagi. Kehebatan setiap penyanyi membuatkan pertandingan nyanyian ini begitu sengit dan menjadi bualan ramai.
Namun pada konsert malam tadi, ada sesuatu yang terjadi yang menjadi bualan netizen. Juri pertandingan tersebut, Dato’ Hattan telah memberi komen kepada Ifa Raziah dengan berkata, tidak kira penyanyi lama atau baru tetapi jika nyanyian tidak sedap, keluar. Selepas mendengar komen tersebut, Ifa Raziah telah membidas kembali dan melawan cakapnya.
Menerusi temubual bersama Dato’ Hattan dia berkata yang dia akan membuang peserta yang tidak sedap menyanyi tidak kira penyanyi itu otai atau tidak. Dia berkata yang dia ingin penyanyi yang berkualiti. Dia juga memuji Shaz dengan berkata dia menyanyi dengan begitu ikhlas dan sedap.
Selanjutnya, dia berkata yang dia tidak kisah IFa Raziah melawan cakapnya, hal ini kerana dia tidak rugi apa-apa pun sebaliknya Ifa Raziah yang rugi.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen:


Tapi apa yang Dato’ Hattan tu cakap ada betulnya juga. Kita sewajarnya mendengar dan terima komen daripada orang yang lebih pakar. Min harap Ifa Raziah dapat perbaiki apa yang patut dan pikat semula hati juri. Komen yang baik-baik yaa..
Sumber Tiktok dan Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : sinetronmalaya.com

Be the first to comment on "[VIDEO] Datuk Hattan Respon tegas Mengenai Ifa Raziah yang banyak menjawab"