Baby Shima dapat lagu Pasha

KUALA LUMPUR: Bermula dengan menyanyi bersama pada acara sempena Piala Dunia di Jakarta, tahun lalu, siapa sangka akhirnya, projek kolaborasi tercetus antara Baby Shima dan bintang hebat Indonesia.

Siapa tidak teruja apabila penyanyi sehebat Pasha dari kumpulan Ungu, berbesar hati menyumbangkan sebuah lagu baharu untuk dinyanyikan Baby Shima.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata, single berjudul Bisa Bisanya Kamu adalah hasil sentuhan Pasha.

“Saya sangat terkejut apabila Pasha menghubungi saya dan meminta datang ke rumah. Apabila tiba, barulah dia beritahu sudah menyiapkan sebuah lagu baharu untuk saya.

“Ketika memperdengarkan lagu itu, saya sangat tertarik kerana ia sangat menarik. Saya jadi tidak sabar untuk merakamnya.

“Bagaimanapun rakaman hanya dibuat November lalu berikutan Pasha sibuk dengan tugasnya sebagai Wali Kota.

“Sebagai seorang penyanyi yang baru hendak bertapak di Indonesia, tentulah saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini,” katanya kepada BH Online.

Baby Shima berkata, lagu berkonsepkan pop Melayu dangdut itu sesuai dengan genre dibawanya. Bagaimanapun, single itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri.

“Pada mulanya, syarikat rakaman, Nagaswara Music merancang mempromosikan lagu itu, Mac depan.

“Tetapi saya menolak. Lagipun, pada bulan Ramadan, kebanyakan penyanyi di Indonesia memasarkan lagu kerohanian. Jadi, saya fikir, lebih baik dilancarkan selepas Aidilfitri.

Baby Shima mengaku tidak s4bar mempromosikan lagu Bisa Bisanya.

“Siapa yang tidak kenal dengan Pasha yang sering menghasilkan lagu sedap. Siapa tahu mungkin dengan kerjasama ini, kerjaya saya akan lebih melonjak,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baby Shima dapat lagu Pasha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*