Setelah Lama Bermain Teka Teki Dan Menyepi Akhirnya Bekas Gadis Trivago Bongkarkan Punca Dia Undur Diri Dari Terus Menjadi Gadis Trivago.

Selepas empat tahun, akhirnya pengacara HLive, Dahlia Shazwan mengumumkan akan tinggalkan peranannya sebagai wajah Trivago. Dahlia akui sedih kerana selepas menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut, dia kini terpaksa mengundurkan diri.

“This is the post that started it all. Ketika tahun 2016, saya pergi casting dan tidak tahu yang ia akan mengubah seluruh hidup saya. Dan selepas 4 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal to the best role i have ever done, menjadi Miss Trivago Malaysia.

“4 years guys! Berada di kaca tv sebagai awek/gadis/minah/kakak Trivago. Sedih kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai Ms Trivago so thank you to those who believed in me! I like to think we made history!” tulisnya.

Dahlia berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu lagi, dia turut memuat naik foto perjalannnya sebagai Ms Trivago. Dahlia yang kini ibu kepada seorang anak bernama Freda, 1, turut berterima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan kepadanya.

Malah banyak pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang menjadi wanita yang pernah tular menerusi iklan-iklan Trivago. “Siapa pernah keluar TV banyak macam ni sampai orang boleh marah? Haha but jokes aside I am truly truly thankful for this and the impact (walau sedikit) I have on the lives around me.

“Thank you for being so supportive and loving the ads as much as i enjoyed making them. Trivago has really been apart of my life sejak sebelum kahwin, lepas kahwin, masa tengah mengandung (setiap kali kena tukar angle sebab perut makin hari makin besar) lepas pantang (yes sbb tu berisi!)

“And this year, rezeki ke India untuk shooting kat sana with a Bollywood production! Am super grateful for this Ya Allah tak terkata tak tau nak cakap apa dah sedih,” luahnya lagi. Dahlia juga berharap orang ramai akan merinduinya dan mendoakannya agar dia kembali dengan sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.

“Iklan yang dekat pasar malam would be my last and I hope everyone will miss me haha and doakan saya dan keluarga saya sentiasa selamat dan dimurahkan rezeki. Saya doa anda juga dilindungi selalu dan dibalas kebaikan sebab selalu tegur saya dan bgtau how you guys always look forward to the ads. Doakan saya kembali dengan job yg lebih hebat kahkah lebiu gais!” katanya lagi.

Sebelum ini, pernah tular beberapa video bayi yang terpukau dan gembira selepas menonton iklan Trivago yang menampilkan Dahlia sebagai jurucakap. Untuk rekod, Dahlia mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Artikel lain : Pengacara Dahlia Shazwan Akur Dianggap So0mbong

KUALA LUMPUR: Pengacara baharu Astro, Dahlia Shazwan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung dakwaan kononnya dia bersikap sombong dan berat mulut. Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 25, berkata, salah faham itu timbul disebabkan sifat semula jadinya yang tidak pandai bergaul dengan orang yang tidak dikenali.

“Sudah banyak kali saya dengar orang kata saya kekwat (somb0ng) dan tidak mesra dengan orang keliling tetapi saya tidak salahkan orang lain. Sebenarnya saya seorang yang pemalu dan tidak pandai sangat berbual dengan orang yang tidak dikenali,” jelasnya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyampai berita Gala TV di Astro Awani ini berkata, sebagai orang baharu dalam bidang hiburan dia berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri agar lebih disenangi ramai. “Saya agak kecewa juga dengan tuduhan itu tetapi sama ada suka atau tidak, saya perlu menyesuaikan diri dengan budaya pergaulan dalam industri ini.

“Cuma berilah saya masa untuk baiki kekurangan ini sebab agak susah untuk ubah sikap semulajadi yang berat mulut kepada periang dengan serta-merta,” katanya. Dahlia berkata, dakwaan itu dianggap sebagai peringatan untuk perkembangan kerjayanya yang baharu bermula.

“Saya perlu ubah kekurangan yang ada. Bagi saya kalau tiba-tiba kita bersikap bertentangan dengan sifat semulajadi bukan bermakna kita hipokrit. Demi kebaikan dan mendatangkan keselesaan semua pihak, tidak salah jika saya ubah sikap,” katanya. Dahlia adalah salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan penyiaran pelapis Astro di bawah bimbingan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

Artikel lain : Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

‘Bila dah jadi ibu, terasa masa jalan terlalu pantas,’ demikian kata pengacara televisyen Dahlia Shazwan berkongsi pengalaman pertama bergelar ibu. Dahlia ketika ditemui di majlis sidang media perlantikan duta pampers PetPet memberitahu dia kini melalui fasa paling bahagia membawa tanggungjawab ibu kepada bayi bernama Freda Shafiq.

“ Saya membesarkan Freda bersama suami tanpa bantuan pengasuh. Dari situ, saya seronok melihat anak membesar di depan mata. Bukan tidak mahu meletakkan kepercayaan kepada taska atau pengasuh. Saya lebih selesa bergilir bersama suami mengasuh Freda sendiri,” kata Dahlia.

Sementara itu, pengacara berusia 29 tahun ini gembira apabila anak kesayangannya itu dilantik menjadi duta baharu PetPet, baru-baru ini. Dahlia juga memaklumkan sebelum menerima tawaran berkenaan, dia dan suami turut meneliti syarat yang diletakkan.

“ Saya perlu beri keutamaan kepada Freda dalam hal ini kerana ia melibatkan aspek promosi dan sebagainya. Sebagai contoh, ketika waktu penggambaran untuk iklan, pihak produksi perlu ikut waktu Freda tidur dan bangun. Dia masih bayi dan tidak boleh bercakap.

“ Saya dan suami juga berpuas hati dengan syarat dan cara pengurusan bekerja. Atas sebab itu, saya terima,” katanya. Dalam perkembangan lain, Dahlia bakal muncul dalam sebuah program bertajuk Obsesiku di Astro bermula April depan.

Artikel lain : 11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Pernahkah anda melihat gambar-gambar selebriti yang sentiasa nampak hebat dan mulalah anda rasa iri hati dengan kecantikan mereka? Tapi mereka pasti ada sekumpulan pakar kecantikan peribadi yang selalu sedia membantu.

Walaubagaimanapun, asas penjagaan yang berkesan sebenarnya sangat mudah. Anda hanya perlu bersedia untuk mengamalkannya dengan rajin.  Mari kita lihat sama-sama apakah 11 rahsia kecantikan yang dirahsiakan dari anda ini bersama!

1. Jangan lupa kebaikan menggunakan krim pelindung matahari

Kulit yang cantik dan sihat tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan krim pelindungan matahari. Mamie McDonald, seorang pakar alat solek yang pernah berkerja untuk Madonna berkata semua usaha kecantikan yang lain akan sia-sia sahaja jika anda mengabaikan amalan ini. Seorang lagi pakar kecantikan selebriti, Dr. Lancer, menasihatkan wanita untuk menggunakan krim SPF yang tidak kurang daripada 30 sepanjang hari!

2. Jangan terlalu keringkan kulit anda jika terdapat keradangan

Kebanyakkan krim jerawat mengandungi benzoyl peroksida yang mengeringkan kulit. Tapi bahan ini sebenarnya boleh memburukkan keradangan dan meningkatkan pengeluaran sebum. Produk yang mengandungi alkohol juga bertindak dengan cara yang sama, jadi anda tidak akan merawat jerawat dengan cara ini. Dr. Harold Lancer mengesyorkan wanita menggunakan produk yang mengandungi asid salisilik atau asid laktik untuk wajah mengelupas dan mask jenis clay.

3. Jangan lupa untuk jaga kulit leher

Bahagian leher anda boleh menunjukkan umur seseorang wanita. Sebab itu sangat penting untuk menjaga kulit di bahagian leher. Kulit di leher sangat nipis dan juga perlu penjagaan teliti sama seperti kulit pada mukaa. 

4. Gunakan ais pada kulit anda

Pakar dermatologi Santa Monica  Dr. Ava Shamban menyarankan anda menggosok wajah dengan kiub ais untuk beberapa saat. Amalan ini akan merangsang peredaran, dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri.  Amalan ini akan merangsang peredaran cairan merah dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri. 

5. Simpan semua produk kecantikan anda dengan betul

Dr. Debra Jaliman berkata, wanita tidak harus menyimpan produk kecantikan mereka di dalam bilik mandi.  Ini kerana udara panas dan lembap dalam bilik mandi akan memendekkan hayat simpanan produk-produk ini. Krim muka dan produk lain yang jarang digunakan haruslah disimpan di dalam peti sejuk.

6. Pastikan semua barang yang menyentuh bahagian muka anda bersih

Dr. Lancer berkata wanita tidak harus menyentuh muka mereka dengan tangan yang kotor. Tukar sarung bantal anda seminggu sekali jika anda mempunyai kulit normal atau kering. Tukar sarung bantal anda 3 hari sekali jika kulit anda jenis yang berminyak.  Jangan lupa untuk lap cermin telefon bimbit anda dari masa ke semasa.

7. Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat

Christie Kidd, seorang pakar penjagaan kulit dari Beverly Hills, mengesyorkan wanita mengelak dari menggunakan produk penjagaan kulit yang mampu mengikis (scrub, span, berus) apabila mempunyai jerawat kerana ini hanya akan memburukkan keradangan.  Semua jenis kulit memerlukan produk pembersih yang lembut dan bebas sabun. Untuk mengurangkan keradangan pada muka, sapukan campuran air dan aspirin atas jerawat pada muka.

8. Urut muka anda jika mahu menghilangkan kesan lingkaran di bawah mata

Ole Henriksen mengesyorkan wanita mengurut saliran limfa berdekatan bahagian lingkaran di bawah mata.  Prosedur ini merangsang aliran limfa, kulit akan menjadi licin, dan menyebabkan “eye bag” bawah mata hilang. Cara urut ini sangat senang dan boleh dilakukan di rumah.

9. Jaga kulit pada tangan anda

Kulit pada tangan juga memerlukan penjagaan yang teliti seperti kulit pada bahagian leher, kerana kulit pada tangan juga sangat nipis. Kalau boleh, lakukan kerja rumah sambil memakai sarung tangan. Pastikan anda menjaga kelembapan kulit tangan dengan menggunakan krim yang sesuai. Anda juga boleh menggunakan krim anti-aging yang sama pada tangan dan muka anda. Jangan lupa juga krim pelindung matahari!

10. Cuci keseluruhan muka anda

Pakar dermatologi Debra Jaliman berkata wanita jangan tidur dengan bahan solek yang masih ada pada muka. Apabila wanita melakukan ini, liang kulit akan tersekat dan menyebabkan keradangan. Walaupun ini tip yang senang, ramai yang masih mengabaikan nasihat ini!

11. Tanggalkan bra sebelum tidur.

Anda mungkin tidur dengan memakai bra kerana takut payudara anda kendur. Tetapi doktor ini berkata adalah lebih baik untuk menanggalkan bra sebelum tidur. Bra, terutamanya yang ketat atau berwayar akan menghalang peredaran cairan merah dan menyebabkan masalah kesihatan.

Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit, ketidakselesaan, dan kegelapan kulit di bawah tali dan dawai bra itu. Jom sama-sama kita amalkan semua rahsia kecantikan ini untuk kebaikan diri sendiri, ya!


Sumber:
 Brightside

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : empiremedianetwork via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Setelah Lama Bermain Teka Teki Dan Menyepi Akhirnya Bekas Gadis Trivago Bongkarkan Punca Dia Undur Diri Dari Terus Menjadi Gadis Trivago."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*