Netizen Sp3kulasi Sedang Berbadan Dua, Ini Reaksi Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal telah mendapat perhatian netizen selepas memuat naik sebuah rakaman video menahan diri daripada mvntah ketika menjalankan penggambaran.

Jelas Nad, dia tidak tahu punca badannya berasa tidak sihat.

“Baru nak acah-acah jadi hos program makanan.. Tak taulah kenapa badan Nad hari ni tak berapa sedap. 

“Doakan moga sihat-sihat saja. Huhuhu. Insya-Allah nanti Nad update apa yang patut ya,” tulisnya di Instagram (IG).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hmmmm… baru nak acah-acah jadi hos prog makanan.. Tak tau la napa badan nad hari ni tak berapa sedap. Doakan moga sihat-sihat saja. Huhuhu . Insyaallah nanti nad update apa yang patut ya. 😣 . #mug #taksedapbadan

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mula berspekulasi menyatakan Nad sudah berbadan dua.

Walau bagaimanapun menerusi Instagram Stories, Nad menyatakan dirinya dalam keadaan baik.

“Pantang mual je mengandung ya. Penat pun mual, low blood pun mual tau.

“Ahahaha thank you tapi I’m okay,” tulisnya lagi.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Sp3kulasi Sedang Berbadan Dua, Ini Reaksi Nad Zainal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*