Tular video menari s3ksi dan gh4irah, Andi Bernadee buka mulut identiti gadis dalam rumah

SEAKAN mahu mencari publisiti sebelum single terbaharu dilancarkan tidak lama lagi, penyanyi Andi Bernadee mengundang perhatian netizen dengan memuat naik video tarian yang disifatkan berunsur luc4h.

Rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan gimik promosi yang digunakan Andi. Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Andi Bernadee mengundang perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video dia menari bersama seorang perempuan.

Video itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.Dalam video tersebut, Andi dan seorang gadis berbaju hitam menari berpegang tangan dalam sebuah rumah. Andi menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.

Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di AstroCitra. Beliau melancarkan single ketiganya, “Donde” pada Mac 2019. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘di mana’ dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkejut dan ada juga yang berpendapat aksi tarian itu kelihatan luc4h.

“Sorry, luc4h lah.What the hell.Masya-Allah, dosa besar. Har4mlah berpegang-pegang,” tulis netizen.

Reaksi Andi

Namun begitu, Andi mengambil langkah untuk berdiam diri tanpa membalas sebarang komen dari pengikutnya itu.Setakat ini, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 390,500 serta lebih daripada 2400 komen.

Namun menurut Andi, 28, video adegan tarian bersama seorang wanita berbaju hitam dan berseluar ketat sambil berpegangan tangan yang dimuat naik di Instagram itu adalah sebahagian daripada kerjanya sebagai anak seni.

“Video yang saya muat naik di Instagram bukan bertujuan untuk mencetuskan kontr0versi. Ia adalah salah satu babak yang ingin saya tunjukkan dalam video muzik single terbaharu berjudul Shimmy.

“Saya tidak kisah pasal k0ntr0versi kerana apa yang dibuat di dalam video tersebut adalah kerja sebagai seorang penyanyi.

“Masa tu kami tengah berlatih untuk mendapatkan tarian yang sempurna bagi penggambaran video muzik terbaru saya,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Komen netizen mengenai tarian Andi Bernadee bersama seorang wanita.

Dalam pada itu penyanyi lagu Satu Peluang ini enggan mengulas mengenai koreografi tariannya yang dilabel luc4h oleh netizen.

Identiti Penari Wanita

Hasil pemerhatian mStar, netizen juga mempersoalkan status wanita berkenaan kerana dilihat begitu mesra bersama Andi.

“Perempuan dalam video tersebut adalah seorang penari yang bakal muncul dalam video muzik terbaharu saya,” katanya sambil berkata single berjudul Shimmy akan dilancarkan pada minggu kedua Februari.

Sedikit info mengenai Andi,

Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah “Aku Bukan Abang Toyib” mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu “Putus Terpaksa” nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu “Tak Tun Tuang”.

Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul “Tiada Lagi Maaf”, namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, “Semalam Sahur Di Mana” dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.

Pada umumnya, seni nyanyian dan muzik bertujuan melahirkan hiburan dan keseronakan. Segala bentuk hiburan berfungsi membina keterampilan diri, mempamerkan bakat, menghasilkan ketenangan jiwa, menjana pemikiran kreatif dan menghilangkan rasa tegang.

Sesuatu yang berkaitan tuntutan naluri harus dipenuhi, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. Aktiviti berbentuk kesenian dan kebudayaan dapat melahirkan perasaan gembira, kepuasan dan menjalin hubungan sesama manusia.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak via vaniladaily

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tular video menari s3ksi dan gh4irah, Andi Bernadee buka mulut identiti gadis dalam rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*