Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon jelita, Fasha Sandha malah wajahnya juga diantara selebriti wanita yang sering mewarnai kaca televisyen.
Manakan tidak, Fasha Sandha bukan sahaja memiliki rupa paras cantik namun bakat pelakon ini bukan biasa-biasa. Bahkan, kini disiaran Astro Prima juga peminat dapat menyaksikan dia sekali lagi membawa watak dalam Slot Tiara pada jam 6 petang.
Pelakon ini juga bahagia disisi suami yang juga merupakan seorang pelakon, Aidil Aziz dan ternyata pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berkongsikan foto photoshoot bersama suami, Fasha Sandha meluahkan rasa kekok setelah sekian lama tidak melakukan hal itu.
Dalam pada itu, pelakon ini turut berterima kasih buat Majalah Keluarga dan Team Karangkraf kerana memanggil dirinya.
“Lama dah tak photoshoot, kekok pula. Haih. Thank you Majalah Keluarga dan Team Karangkraf. Tak jemu panggil dan tunggu sejak tahun lepas. Akhirnya, terbuka hati sikit nak ber photoshoot.”
Meskipun merasa kekok, kecantikan Fasha Sandha juga terserlah menerusi foto berkenaan apatah lagi dia juga kini sedang h4mil membuatkan rata-rata memuji dia kelihatan berseri-seri.
Selain foto, dia turut berkongsikan video photoshoot bersama kedua-dua anaknya dan bersama Aidil Aziz.
Bagaimanapun, perkongsian daripada pelakon ini membuatkan peminat dan pengikut turut senang dan sempat meninggalkan pelbagai maklum balas menerusi ruangan komen.
Reaksi ramai
Sumber: Fasha Sandha
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Biarpun kekok saat photoshoot, netizen puji Fasha Sandha ‘berseri-seri’"