ISU Nur S4jat berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah terus mendapat perhatian masyarakat yang ingin mengetahui perkembangan terkini usahawan kosmetik itu.
Pada Isnin, agensi penggembaraan yang membawa Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat itu membuat kenyataan kepada beberapa portal berita bahawa ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Makkah.
Berikut lagi perkongsian terbaru jemaah Malaysia ketika jumpa Sajat di Mekah
TERJUMPA ABANG SAJAT DI MEKAH
Terbukti Sajat (Baju Pink) masih lagi berada di Mekah sekarang sebab sy dengan Jemaah sy terserempak dengan dia & kawan dia sebentar tadi di tepi MasjidilHaram Mekah.
Kelam kabut mereka tutup muka dengan tudung
Masih Pakai Pakaian Wanita
.Mereka masih lagi berpakaian wanita..Sy suruh jemaah sy cepat2 ambil gambar dia.Satu Saudi dah Viral pasal Abg Sajat ni.Malu negara kita Malaysia pasal kes dia ni.Semoga Allah swt berikan Hidayah & Pengajaran kepada dia & kawan2 dia.
Sebelum ini pendakwah bebas dan mutawif Pencetus Ummah (PU) Amin memberitahu beberapa jemaah dan kawan-kawannya masih terserempak dengan selebriti laman sosial itu ketika membuat saie.
“Ramai kawan-kawan dan sebahagian jemaah umrah saya tadi jumpa Sajat dan kawan-kawannya di tempat saie tadi.
“Mereka masih bertudung dan sedang buat saie. Ramai muslimah terkejut dan tak sempat ambil gambar dan hanya sebut ‘eh tu Sajat tu Sajat’” tulisnya di Instagram.
Jadi yang kata Sajat kena tangkap dan dibawa keluar semua tu tak betul. Dia masih ada di Masjidil Haram, Makkah.
Kata PU Amin, berita penangkapan Sajat dan sudah dibawa keluar itu tidak benar kerana individu itu masih berada di Masjidil Haram.
Justeru itu, PU Amin yang kini berada di sana meminta kaum wanita menjaga aurat sebaiknya walaupun berada di kawasan solat muslimah.
Tambahnya, beberapa jemaah sudah membuat laporan berkaitan perkara itu kepada pihak berkuasa di sana.
“Jadi yang kata Sajat kena tangkap dan dibawa keluar semua tu tak betul. Dia masih ada di Masjidil Haram, Makkah.
“Kepada semua jemaah muslimah pelihara aurat sebaiknya walaupun kalian berada di kawasan solat muslimah.
“Sebahagian jemaah umrah di sini ada buat laporan polis tadi,” ujarnya.
Perkongsian seorang jemaah yang sedang menunaikan umrah. -FOTO FB Nur Hidayah Rozlan.
Sementara itu seorang jemaah Malaysia, Nur Hidayah Rozlan menerusi laman sosial Facebooknya turut memuat naik foto Sajat yang sedang khusyuk berdoa.
“Jumpa Sajat di kota Makkah masa nak tawaf wada’… kata dah kena tangkap? Agensi kata dah keluar dari Makkah? T1pu juga ke?”
“Masalahnya saya jumpa dia tengah khusyuk berdoa depan pintu Multazam,” tulisnya.
Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan berita Sajat lengkap berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Sajat dipercayai menunaikan ibadah itu bersama ahli keluarga dan anak angkat serta beberapa rakannya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: vaniladaily
Be the first to comment on "Masih lagi berada di Mekah, ini reaksi Sajat bila Jemaah cur1 ambil gambar"