PU Abu dapat anak lelaki

PENd4kwaH bebas yang kerap terpalit kontr0versi, Pencetus Ummah (PU) Abu menerusi akaun Instagram berkongsi foto anak keduanya yang dilahirkan pada 1 Februari lalu.

Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen itu adalah hasil perkahwinannya dengan isteri, Hana Azraa.

“Syukur kepada Allah. Pada tanggal 1 Februari 2020, jam 6.59 pagi, lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kilogram.

“Moga menjadi anak yang soleh, kehidupanmu memberikan manfaat kepada orang lain dan paling penting dirimu mampu memberikan sumbangan kepada Islam,” tulisnya.

Abu juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang disifatkan kuat untuk melahirkan anak mereka.

“Terima kasih Hana Azraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita. Moga Allah membalas segala kep3ritan yang dirasai dengan syurga Firdaus. Terima kasih mummy,” tulisnya yang disertakan dengan emoji hati.

Perkongsian itu mendapat lebih 1,600 tanda suka dan pelbagai komen positif dan neg4tif daripada warganet.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk menghubungi Abu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Abu pernah berkahwin dengan Ain Afini Latif dan dikurniakan anak lelaki Muhammad Adam Aysar yang kini berusia lapan bulan.

Bagaimanapun, mereka berc3rai dengan tal4k dua pada 16 Mei tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PU Abu dapat anak lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*