Penampilan diri dan penjagaan wajah sangat sinonim dengan golongan wanita. Mereka sanggup berhabis duit gaji semata-mata ingin sentiasa kelihatan cantik di mata umum. Namun, mereka tidak sedar sikap sebegini boleh menjerat mereka ke kancah kewangan.
RUHAINIES KEKAL CANTIK TANPA BERBELANJA MAHAL
Siapa yang tak kenal dengan kembar Nora Danish, iaitu Ruhainies. Nama sebenarnya ialah Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas yang kini berumur 27 tahun. Selebriti kecil molek ini ada mendedahkan bahawa dirinya tidak mengikut perasaan dalam kekal cantik.
‘HANYA’ RM 2,000 SEBULAN UNTUK KEKAL CANTIK
Akui pelakon Hello, Mr. Perfect! Ini dia langsung tidak berbelanja mahal seperti wanita lain untuk penampilan diri. Dia hanya memperuntukkan sekitar RM 2,000 sebulan bagi penjagaan diri bermula pangkal rambut hingga lah hujung jari kaki.
GUNA PRODUK BIASHE BIASHE JE
Jelas Ruhainies, ramai golongan wanita beranggapan bahawa perlu membeli produk mahal untuk jaga kulit untuk kekal cantik. Sebenarnya itu salah sama sekali. Dia bersyukur memiliki kulit yang tak lokek, dan hanya gunakan produk biasa sahaja agar tampil menawan.
TIADA RAHSIA KECANTIKAN, HANYA LAKUKAN AKTIVITI RENANG
Ramai yang bertanyakan tip kecantikan daripadanya. Walau bagaimanapun, dia sendiri tiada resepi untuk itu semua. Amalanya adalah berenang untuk kesihatan dalaman manakala untuk kekal langsing, dia langsung tidak amalkan apa-apa kerana memiliki metabolism yang tinggi.
LUANGKAN MASA UNTUK URUT DAN SPA
Tambah Ruhainies lagi, rutin lain yang dia kerap lakukan adalah meluangkan sedikit masa untuk mengurut dan spa. Untuk permakanan, dia langsung tidak mengawalnya, kadang-kadang pernah makan nasi pada jam 2 ke 3 pagi.
Seperti yang kita ketahui, tahap metabolism badan akan menurun seiring dengan usia. Jadi, pada ketika peringkat umur di tahap sepatutnya baru lah Ruhainies akan lebih berjaga-jaga dalam penjagaan makanan.
Natijahnya, setiap individu memiliki cara penjagaan berlainan seiring dengan kesesuaian tubuh badan. Tidak salah menghabiskan duit demi P
kecantikan tetapi biar lah berpada-pada dan mengikut kemampuan. Takut nanti tengah bulan dah mula ikat perut.
Kredit: Harian Metro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Meecks
Be the first to comment on "Jangan membazir untuk cantik! Ruhainies dedah hanya habiskan RM2K sebulan untuk penjagaan diri"