“Disebabkan Abam..” – Pelukis terkilan karikatur Bocey ‘diseb4t’ sesuka hati… Tok Ti ‘level lain’ pun bagi kredit!

PEMERG1AN pelawak Abam yang juga anggota kumpulan Bocey ternyata mengundang hib4 dalam kalangan rakyat negara ini.

Tidak terkecuali, pelukis Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise, 35, turut bersedih atas pemergian itu sehingga memberi inspirasi untuk dirinya menghasilkan karikatur khas buat kumpulan pelawak berkenaan.

Namun timbul pula kisah kurang enak apabila karya berkenaan dicvri dan digunakan tanpa kebenaran oleh individu di Twitter.

Lebih teruk, individu itu bukan sahaja tidak memberikan kredit kepada pengkarya asal, malah dia turut membuang nama @Artortoise yang digunakan Ise dalam karikatur tersebut.

Bercerita kepada mStar, dia mengakui agak terkilan dengan sikap eg0 individu berkenaan biarpun sudah ditegur oleh ramai netizen di laman Twitter.

“Sebenarnya perkara macam ni dah lama terjadi. Pasal karikatur tu pula, sebab Abam ni special… jadi saya terdetik untuk buat karikatur selepas dapat berita kem4tiannya.

Ise mengakui terkesan dengan pemerg1an Abam sehingga terhasilnya karikatur khas.

“Kami pernah lukis gambar Abam sebelum ni. Dia selalu like dan komen di Instagram kami. Dia sokong kami dengan cara begitu.

“Pasal individu di Twitter tu, dia siap bl0ck kami. Saya pun terkejut. Bukannya saya minta dia minta maaf pun, cuma nak dia sedar ini bukan benda remeh,” ujar Ise.

Selain karikatur Abam, satu lagi karikatur melibatkan para pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang dihasilkannya turut mendapat perhatian ramai.

 

Kalau boleh, janganlah cvri karya orang. Jangan ti1ru, tapi ambil inspirasi, jadikan sebagai rujukan tak apa.

MOHAMAD IKHSAN KAMARUDIN

PELUKIS/PENGARAH KREATIF

Ia susulan karya seni itu dikongsi oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram pada Selasa.

“Datuk Siti ni dah level lain. Tak sangka dia repost, siap bagi kredit lagi. Bukan senang nak dapat macam ni.

“Memang terkejut dan gembira. Followers juga bertambah selepas saya hasilkan karikatur Abam dan Datuk Siti.

Siti Nurhaliza berkongsi karya Ise menerusi ruangan Instagram.

“Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni. Begitu juga Datuk Siti, rasa berbaloi perjuangan kami dalam bidang seni lukisan,” katanya lagi.

Menurut anak kelahiran Kelantan yang hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang kreatif itu, dia turut memberi nasihat kepada orang di luar sana agar lebih menghargai karya anak seni.

Ujarnya, banyak perbuatan plagi4t dan cipl4k terbongkar pada hari ini dengan bantuan netizen yang peka dan prihatin.

Team Artortoise dianggotai Sara (paling kanan) diikuti Ise dan Iwe (paling kanan) dalam sebuah program bual bicara.

“Kalau boleh, janganlah cuuri karya orang. Jangan ti1ru, tapi ambil inspirasi, jadikan sebagai rujukan tak apa.

“Kena hati-hati dalam mencipl4k idea, sebab sekarang ni cepat je orang buat research. Orang Malaysia memang laju. Hargailah seniman Malaysia,” ujarnya yang turut bekerja sebagai pengarah kreatif di sebuah syarikat swasta.

Dalam pasukannya di Artortoise, Ise turut disertai dua lagi pengkarya iaitu Iwe dan Sara.

Selain karikatur digital, mereka turut menghasilkan pelbagai ilustrasi dan kerja grafik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Disebabkan Abam..” – Pelukis terkilan karikatur Bocey ‘diseb4t’ sesuka hati… Tok Ti ‘level lain’ pun bagi kredit!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*