“Saya Tak Mahu Menipv” – Tya Ariffin Perjelas Keputusannya Untuk Mula Berhijab!

Mula berhijab sejak awal bulan lalu, pelakon dan usahawan, Tya Arifin akui dia mahu bersikap adil pada dirinya dan tidak mahu menipv orang ramai.

Menerusi HLive! Tya menjelaskan, tahun 2020 sangat besar buat dirinya kerana menyimpan hasrat untuk membantu lebih ramai wanita dalam menjana pendapatan.

“Namun apa gunanya kalau kita nak bantu orang, tapi diri sendiri kita tidak adil. Rasa macam menipv.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Tya doakan semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik. Amin❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

“Disebabkan itu Tya mahu ubah diri sendiri dan kemudian barulah bantu orang lain. Inilah hikmahnya,” katanya.

Tambahnya, keputusan untuk mula berhijab juga banyak didokong oleh suami dan keluarga.

“Mereka banyak bagi sokongan dan buat Tya sedar. Alhamdulillah semuanya memberi respon positif,” katanya.

Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Mahu Menipv” – Tya Ariffin Perjelas Keputusannya Untuk Mula Berhijab!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*