”Ramai Kngsi Gambar Kahwin, Kitorang Pun Nak” Sufian Suhaimi K0ngsi Gambar Kahwin Buat Ramai Terkeejut

KUALA LUMPUR: Julai tahun lalu, kemunculan Sufian Suhaimi pada majlis keraian anjuran pelakon Jasmine Suraya mencetuskan spekvlasi apakah mereka menjalin hubungan istimewa.

Apatah lagi, Sufian mengaku jatuh hati dengan Jasmine yang dianggap ‘crush’, suatu ketika dahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Music Video Janji. Tomorrow 😊 . @ariesmusicpro

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Bagai plot drama, terbaru, mereka digandingkan lagi dalam video muzik single terbaru Sufian berjudul Janji pula.

Tambah hangat, mereka mengenakan busana perkahwinan dalam klip video itu. Apakah Sufian dan Jasmine benar-benar bercinta?

Diajukan soalan itu, Sufian ketawa besar.

“Nampaknya, saya dan cerita kahwin bagai berpisah tiada. Untuk projek terbaru ini, semuanya atas dasar kerja. Tuksedo yang dipakai dalam klip video ini adalah persalinan lama yang saya pakai dalam banyak acara.

“Cuma untuk menghidupkan jalan cerita, tuksedo itu digayakan ala busana perkahwinan dalam video muzik itu,” katanya

Mengenai pemilihan Jasmine sebagai pelakon dalam klip video berkenaan, Sufian berkata, itu adalah pilihan pengarah video, Elfie Nazari dari syarikat produksi Voxscape.

“Bukan saya yang pilih Jasmine… Itu kehendak pengarah. Saya bersetuju apabila Jasmine dicadangkan. Lagipun kami sudah kenal dan masing-masing selesa,” katanya sambil menambah penggambaran video muzik itu dilakukan di Hulu Langat dan Cheras.

Bercerita lanjut mengenai single baharunya itu, Janji dicipta Ikhwan Fatanna dengan lirik dihasilkan Wan Salleh.

“Lagu itu antara lain berkisar cerita jejaka yang sukakan seorang gadis, namun, wanita itu dimiliki orang lain,” katanya

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramai sangat upload gambar kahwin. Kitorang pun nak juga. 😂 #JanjiSS

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:BH Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "”Ramai Kngsi Gambar Kahwin, Kitorang Pun Nak” Sufian Suhaimi K0ngsi Gambar Kahwin Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*