Jibob Raja Lawak Sudah Sedar…

“SUAMI (Jibob) berada dalam keadaan separuh sedar petang ini apabila kesan ubat mula berkurangan.

“Kita boleh bercakap dengannya walaupun matanya tertutup. Dia mampu mendengar apa yang diucapkan,” kata Siti Aisyah Wahiddin, 38, isteri pelawak Gbob berkenaan situasi terkini suaminya.

Jibob, 33, atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, bekas peserta Raja Lawak 5, dimasukkan ke h0sp1tal Kuala Lumpur (HKL) semalam selepas terj4tuh dalam bilik air di rumah mereka.

Doktor turut mengesan kewujudan dar4h b3ku dalam kepalanya dan sudah melakukan pembed4han malam tadi.

Bercerita lanjut, Siti Aisyah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, semalam.

“Ketika itu saya sudah tidur. Selepas jatuh, dia bangun dan kejutkan saya. Suami beritahu tangan kanannya tak dapat rasa apa-apa. Percakapannya juga tak berapa jelas dan pelat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam.. Ada sedikit berita sedih nk bagitau.. Sahabat kami dari family raja lawak iaitu @jibob_official terjatuh masa di rumahnya pada pagi semalam dan x sedarkan diri,sekarang berada di hospital HKL.. Info terkini jibob berada dalam bilik pembedahan utk buang darah beku dalam kepala.. In shaa Allah x ada apa-apa yg buruk,JANGAN BUAT SPEKULASI BUKAN-BUKAN!!! Yg mana nk salurkan sumbangan utk meringankan sedikit urusan keluarga jibob,boleh bankin melalui nombo akaun isteri jibob iaitu siti aisyah binti wahiddin 1143 0207 5393 (maybank) ,selain nombor ini jangan masukkan! Doa yang baik-baik utk jibob dan family,in shaa Allah.. Semoga jibob cepat sembuh dan dipermudahkan urusan keluarga jibob,aamiin ya mujib.. Yg mana ada nombo jibob boleh call terus senang isteri dia jawab,wasap x boleh bukak sbb isteri jibob x tau password.. Rakan media yg nk nombo isteri jibob boleh wasap sy personal..

A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak) on

“Saya ajak dia pergi h0sp1tal, tapi dia kata mengantuk sangat dan nak tidur. Dalam masa sejam selepas itu, dia cuba bangun tapi saya nampak keadaan tak berapa okay.

“Dia tak boleh berinteraksi dengan saya, selain bahagian sebelah kanan badan tak boleh digerakkan. Jadi dia hanya terbaring,” katanya.

Siti Aisyah kemudian menghubungi ambulans yang tiba pada jam 4 pagi dan terus membawa suaminya ke h0sp1tal Serdang.

“Doktor buat pemeriksaan dan mendapati ada pendar4han dalam otak dan perlu buat pembed4han secepat mungkin.

“Suami terpaksa dipindahkan ke HKL dan pada jam 5 petang pembed4han dibuat dan selesai sekitar jam 10 malam.

“Dia juga diberikan ubat tidur untuk rehatkan otaknya dan petang tadi barulah beransur sedar,” katanya.

Siti Aisyah yang berkahwin dengan Jibob pada 2015 mengakui begitu terharu apabila ramai pihak mendoakan kesembuhan suaminya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Hari ini ramai kenalan dan rakan artis yang datang melawat.

“Saya tahu semangatnya kuat. Cuma anak kami, Nur Humairah, dua tahun amat merindui ayahnya dan sering bertanya.

“Tambah pula ketika ayahnya jatuh, dia nampak kejadian itu. Saya terpaksa tinggalkan dia dan dijaga oleh sepupu buat sementara waktu,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MyMetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Jibob Raja Lawak Sudah Sedar…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*