“Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Sharnaaz Ahmad Yang Buat Semua Tergamam.” Terkej0t Bila Tahu Pvnca Sharnaaz Terus Berubah

Penampilan terbaharu pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, nyata mengejutkan banyak pihak. Kelihatan sedikit susut dari sebelumnya, Sharnaaz memberitahu dia bukanlah sengaja untuk menurunkan berat badannya. 

“Saya makan tetap macam biasa. Siap makan makanan kegemaran lagi iaitu nasi kandar. Mungkin kerana saya tak cukup tidur, itu yang membuatkan berat badan turun.

“Dulu berat saya dalam 88 atau 89 kilogram (kg), namun sekarang ni berat dah jadi 78kg. 

“Hampir 10kg juga turun tu. Berat mula turun dalam Februari lalu hinggalah sekarang,” kata Sharnaaz. Meskipun sibuk menjaga anaknya, Jebat Jayden, lapan bulan, Sharnaaz turut ligat mengendalikan perniagaan sambal bersama rakan kongsi yang juga rakan karibnya.

“Alhamdulillah, ini rezeki yang Allah SWT bagi untuk kami. 

“Walaupun perniagaan samb4l ni masih baru, iaitu dalam sebulan dipasarkan, namun ia mendapat sambutan menggalakkan hingga ada yang sudah sampai ke Dubai. “Sebelum ini, memang pada awalnya saya masak sendiri sambal ni tapi bila lama-kelamaan, permintaan makin banyak.

“Jadi saya terpaksa hantar ke kilang untuk memprosesnya. Yelah, saya kenalah jaga kualiti dan kebersihan sambal tu kan. Tak boleh buat sambil lewa sahaja,” ujar Sharnaaz. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : MHE TV

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Sharnaaz Ahmad Yang Buat Semua Tergamam.” Terkej0t Bila Tahu Pvnca Sharnaaz Terus Berubah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*