Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ), Salleh Sadijo menggesa penganjur batal atau tangguh bazar Ramadan di Johor untuk mengawal penul4ran wab4k COV1D-19 sepenuhnya.
Salleh berkata walaupun bazar Ramadan merupakan lubuk rezeki peniaga-peniaga kecil dan sederhana ketika bulan puasa, kesannya kepada kesihatan orang awam perlu dijadikan keutamaan.
“Beribu-ribu pelanggan yang berkunjung ke bazar Ramadan setiap hari dan situasi ini sangat berbah4ya. Ia boleh menjadi tempat sesuai bagi COV1D-19 untuk mereb4k semula.”
Salleh juga mengharapkan kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling untuk batal bazar Ramadan pada tahun ini sekiranya wab4k pandemik itu belum dibendung sepenuhnya menjelang Ramadan. Hari pertama puasa dijadulkan akan jatuh pada 24 April nanti.
“Musim umrah tahun ini di Arab Saudi juga ditunda. Haji pula tak tentu lagi sebab dikhuatiri perhimpunan lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia akan menyebabkan lebih banyak jangk1tan,” jelas Salleh kepada akhbar The Star.
Orang ramai yang ditemu ramah oleh The Star juga bersetuju dengan Salleh supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan bazar Ramadan di Johor pada tahun ini.
Siti Suriani Jemal mengaku tindakan ini mungkin membuatkan peniaga bazar hilang peluang untuk berniaga. Tetapi keselamatan orang awam mesti diutamakan.
“Peniaga juga akan berisik0 dijangk1ti kalau bazar Ramadan tak batal,” katanya.
“Bazar Ramadan di Johor Bahru juga menarik kedatangan orang Singapura, terutamanya pada hujung minggu dan cuti panjang. Situasi wab4k ini boleh menjadi tervk kerana mereka juga berhadapan dengan wab4k sama.”
Suri rumah Hamedah Mokhtar pula berharap pihak berkuasa tempatan dapat membuat keputusan cepat mengenai bazar Ramadan.
“Kita cuma ada lebih kurang satu bulan lagi. Ramai dah peniaga yang dah bayar sewa tapak,” kata Hamedah lagi.
Setakat ini cuma Sabah yang sudah mengesahkan pembatalan bazar Ramadan untuk tahun ini.
Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada 16 Mac lepas itu memaklumkan bazar Ramadan di bandar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat dan daerah seluruh Sabah akan dibatalkan.
Setakat 23 Mac, Sabah sudah mencatatkan 169 k3s positif COV1D-19.
Taburan kes #COVIDー19 di Malaysia mengikut negeri setakat 23 Mac 2020.
Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor mencatat kes tertinggi. pic.twitter.com/BRDKmXSXZ9
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 23, 2020
Sarawak yang baru mencatatkan 78 k3s positif pula sedang berkira-kira untuk mengambil langkah sama seperti Sabah.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bekata, setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan rasmi berkenaan berlangsungnya bazar ramadan pada bulan April kelak.
“Seandainya arahan daripada kerajaan untuk melanjutkan tempoh mengurangkan pergerakan masyarakat sehingga bulan April, kemungkinan besar gerai bazar ramadan akan kita batalkan. Tetapi bergantung kepada keputusan kerajaan apa yang hendak dilaksanakan bulan depan,” katanya.
Singapura pula telah sah membatalkan Bazar Raya pada 18 Mac lepas.
Tahun ini, Bazar Raya sepatutnya berlangsung pada (18 April – 24 Mei) di beberapa lokasi yang tinggi penumpuan Melayu di Singapura seperti di Woodlands, Geylang Serai dan Tampines.
Setakat ini, Singapura sudah mencatat 509 k3s positif dan 2 kes kemat1an daripada wab4k COV1D-19.
Melihat respon dari Sabah dan Singapura ini, jelas negeri yang mencatatkan kes COV1D-19 yang tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Johor perlu membatalkan bazar Ramadan pada tahun ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:RENCAH
Be the first to comment on "Johor, KL Dan Selangor Kena Batal Bazar Ramadan"